Click Here For Free Blog Templates!!!
Blogaholic Designs

Pages

Monday, 20 July 2015

kebahagiaan

Bila lebih banyak kesakitan dan kesedihan yang dia rasa berbanding kebahagiaan, tak salah kalau kita lepaskan dia pergi.
Lepaskan dia terbang bebas mencari kehidupan dan kebahagiaan dia sendiri walaupun bukan bersama kita.
Biarkan mereka pergi bukan bermakna tak ada lagi cinta ataupun sayang.
Menyayangi tidak semestinya memiliki. Kalau betul kita sayangkan seseorang, lepaskan dia pergi untuk cari kebahagiaan walaupun hanya kesakitan yang mampu kita tanggung”

Ya, menyayangi tidak semestinya memiliki.

Dulu, saat hati sedang berperang dengan perasaan, seringkali saya pertikaikan.
Kenapa nak lepaskan kalau memang kita dah sayang sepenuh hati. Sepenuh jiwa. Kenapa kita nak biarkan dia pergi ?
Tapi hari-hari yang berlalu buat saya makin faham kenapa semuanya berlaku.
Andai dia tak rasa bahagia dengan kita, andai kita tak mampu nak bahagiakan dia, kenapa kita terus nak seksa perasaan dia ? Kenapa nak terus biarkan kebahagiaan dia terkubur mati?
Tapi, tak semua orang kuat untuk terima semua itu.
Tak semua orang mampu ikhlaskan hati.
Kita cakap “Bila dia bahagia, kita akan rasa bahagia juga. Sebab kebahagiaan dia salah satu kebahagiaan kita.”
Kalau ikhlas, kenapa masih menangis?
Kalau betul nak biarkan dia cari kebahagiaan dia sendiri, kenapa masih jejaki dia? Kenapa masih tak berhenti fikirkan dia? Hanya kerana satu sebab.
Hanya kerana kita masih belum ikhlas, belum redha.
“Redha bukan bermakna tiada tangisan tetapi adalah penerimaan tanpa persoalan terhadap apa yang telah ditentukan oleh Allah.”
“Apabila kita redha atas sesuatu yang mengecewakan hati kita, maka percayalah Allah akan menggatikan kekecewaan itu dengan sesuatu yang tak dijangka.”
Jadi, kenapa takut untuk lepaskan segalanya.

Kenapa takut untuk ikhlaskan perpisahan itu?

Kenapa takut untuk redha menerima segalanya yang berlaku. Ingat pada janji Allah. Janji Allah itu pasti (:
Memang susah untuk lepaskan seseorang itu pergi. Apatah lagi sudah bersama untuk sekian lama. Bertahun-tahun.
Seseorang yang pernah berjanji tak akan pergi walaupun apa sekalipun yang berlaku.
Seseorang yang selalu jadi peneman untuk setiap perkara yang kita lakukan. Seseorang yang selalu dengar cerita bodoh kita saat semua orang tak pedulikan kita.
Memang susah. Susah untuk lupakan segalanya.
Lagi susah bila kita mula memikirkan kita akan bersendiri. Bersendiri dalam semua perkara yang selama ini kita lakukan bersama dia. Terluka.
Mana mungkin untuk melupakan segalanya dalam satu hari.
Tapi sampai bila?
Sampai bila kita nak terus hidup bersama kenangan yang sudah berlalu.
Sampai bila nak berharap dia akan kembali macam dulu. Sampai bila nak terus menoleh ke belakang? Mencari jejak yang telah hilang.
“Allah beri apa yang kita perlu, bukan apa yang kita mahu. Maka, ikhlaskan hati untuk menerima. Allah tak izinkan, bermakna Allah tak redhakan. Sesungguhnya Allah tahu apa yang terbaik untuk kita.”

Jika terus hidup bersama kenangan, memang mustahil untuk kita lupakan dia.

kebahagiaan
Move on. Ubah cara hidup kita.

Kalau selama ni kita menjauh dari Allah, apa salahnya kita ambil peluang ini untuk dekatkan diri dengan Allah.
Luahkan segalanya sebab Allah mendengar. Menangislah di setiap sujud kita.
Sampaikan segala isi hati kita yang tak mampu kita luahkan pada orang lain. Allah tak pernah tinggalkan kita.
Hanya kita yang alpa dan terleka.
“Ketika Allah rindu pada hambanya, ia akan mengirinkan sebuah hadiah istimewa melalui malaikat Jibril yang isinya adalah ujian.
Dalam hadith kudsi Allah berfirman;
Pergilah pada hambaKu lalu timpakanlah berbagai ujian padanya kerana Aku ingin mendengar rintihannya.” (HR Thabrani dari Abu Umamah)”

Manusia akan pergi tinggalkan kita juga walaupun sejuta janji manis yang dia berikan.

Walaupun segunung harapan yang dia berikan.
Tapi Allah tak pernah begitu. Allah sentiasa ada untuk hambanya.
“Siapapun yang kamu cintai kelak akan berpisah denganmu. Cintai Allah SWT, yang tidak pernah meninggalkanmu.”
“Sejauh mana pun langkah kaki kita tersasar. Ingatlah Allah sentiasa ada dan tak pernah tinggalkan kita. Dia tunggu. Dia rindu.”

Ingatlah untuk setiap yang berlaku pasti ada hikmah tersendiri.

Jangan risau, jangan takut untuk melepaskan kerana Allah janjikan yang terbaik untuk hambanya. Yakin dengan jodoh yang telah Allah tetapkan.
“Jodoh ditentukan oleh Allah sewaktu kita berumur 4 bulan di dalam kandungan ibu. (Malaikat akan tulis nama kita, rezeki, kerja, kahwin dengan siapa, cerai atau tidak, anak berapa dan semuanya tentang diri) – Ustaz Azhar Idrus”
Sampai masa dan ketika kita akan bertemu dengan jodoh.
Hanya perlu yakin.
kebahagiaan
Perlu kuatkan hati untuk terima kehilangan kerana itu yang terbaik untuk kita dan juga dia. Demi kehidupan masing-masing. Perasaan tak boleh dipaksa

Kita mungkin dipertemukan dengan orang yang salah pada awalnya. Itu untuk mengajar kita jadi lebih dewasa.

Belajar daripada segala kesilapan dan kekurangan. Perbaiki diri untuk jadi yang terbaik.
“Jodoh itu rahsia Allah. Itu yang saya pegang, Dia temukan kita dengan orang yang salah pada mulanya, dan menemukan jodoh yang sesuai di pengakhirannya.
Kenapa? Kerana Dia sayangkan kita. Janganlah sesekali kita menjauhi Dia.”
Jadi, macam mana? Dah boleh ikhlaskan hati untuk terima segalanya.
Dah boleh redha? Atau masih terpaksa?
Dekatkan diri dengan Allah dan kita akan dapat jawapan (:

Penutup: Allah telah menetapkan kebahagiaan untuk setiap hambaNya

“Jika sesuatu itu milik kita. Sesulit apapun jalannya. Apapun rintangannya. Pasti akan jadi milik kita kerana memang untuk kita.
Tapi, jika sesuatu itu bukan milik kita. Walaupun mudah jalannya. Walaupun bersusah payah kita ingin mendapatkannya. Tidak akan pernah jadi milik kita.
Kerana memang bukan untuk kita.”
Serahkan hati ini pada Allah. InsyaAllah segalanya akan baik-baik sahaja.
Hati kita milik Allah. Bila rasa sedih, berbaliklah pada Allah.
Bila rasa keliru, berbaliklah pada Allah. Bila gembira, berbaliklah juga pada Allah.
Tuesday, 17 February 2015

wanita

19 hADis mEngeNai WaNita

Penulisan entry ini adalah sebagai penghargaan kepada seorang yang bergelar wanita. Tidak kira wanita itu suri rumah, doktor, jururawat, polis atau tentera. Nama seorang wanita tidak asing lagi sebagai pelengkap hidup seorang lelaki. Tahukah kita sebagai wanita, kita mempunyai banyak kelebihan berbanding lelaki? hmmm. macam mana tu ek? jom kita hayati hadis ini : 


1. Doa wanita lebih makbul daripada lelaki kerana sifat penyayang yang lebih kuat daripada lelaki. Ketika ditanya kepada Rasulullah akan hal tersebut, jawab baginda, “Ibu lebih penyayang daripada bapa dan doa orang yang penyayang tidak akan sia-sia”.
2. Apabila seseorang perempuan mengandung janin dalam rahimnya, maka beristighfarlah para malaikat untuknya. Allah mencatatkan baginya setiap haridengan 1,000 kebajikan dan menghapuskan darinya 1,000 kejahatan.
3. Apabila seseorang perempuan mulai sakit hendak bersalin, maka Allah mencatatkan baginya pahala orang yang berjihad pada jalan Allah.
4. Apabila seseorang perempuan melahirkan anak, keluarlah dia dari dosa-dosa seperti keadaan ibunya melahirkannya.
5. Apabila telah lahir anak lalu disusui, maka bagi ibu itu setiap satu tegukan daripada susunya diberi satu kebajikan.
6. Apabila semalaman ibu tidak tidur dan memelihara anaknya yang sakit, maka Allah memberinya pahala seperti memerdekakan 70 hamba dengan ikhlas untuk membela agama Allah.
7. Barangsiapa yang menggembirakan anak perempuannya, darjatnya seumpama orang yang sentiasa menangis kerana takutkan Allah dan orang yang takutkan Allah, akan diharamkan api neraka ke atas tubuhnya.
8. Barangsiapa membawa hadiah, (barang makanan dari pasar ke rumah lalu diberikan kepada keluarganya, maka pahalanya seperti bersedekah. Hendaklah mendahulukan anak perempuan daripada anak lelaki. Maka barangsiapa yang menyukakan anak perempuan seolah-olah dia memerdekakan anak Nabi Ismail.
9. Tiap perempuan yang menolong suaminya dalam urusan agama, maka Allah memasukkan dia ke dalam syurga lebih dahulu daripada suaminya (10,000tahun).
10. Perempuan apabila sembahyang lima waktu, puasa bulan Ramadhan, memelihara kehormatannya serta taat akan suaminya, masuklah dia dari pintu syurga mana sahaja yang dikehendaki.
11. Wanita yang solehah (baik) itu lebih baik daripada 1,000 lelaki yang soleh.
12. Aisyah berkata, “Aku bertanya kepada Rasulullah, siapakah yang lebih besar haknya terhadap wanita? Jawab rasulullah, “Suaminya. “Siapa pula berhak terhadap lelaki?” Jawab Rasulullah, “Ibunya”.
13. Apabila memanggil akan engkau dua orang ibubapamu, maka jawablah panggilan ibumu dahulu.
14. Wanita yang taat akan suaminya, semua ikan-ikan di laut,burung di udara, malaikat di langit, matahari dan bulan semua beristighfar baginya selama mana dia taat kepada suaminya serta menjaga sembahyang dan puasanya.
15. Wanita yang taat berkhidmat kepada suaminya akan tertutup pintu-pintu neraka dan terbuka pintu-pintu syurga. Masuklah dari mana-mana pintu yang dia kehendaki dengan tidak dihisab.
16. Syurga itu di bawah tapak kaki ibu.
17. Wanita yang tinggal bersama anak-anaknya akan tinggal bersama aku (Nabi Muhamad s.a.w) di dalam syurga.
18. Barangsiapa mempunyai tiga anak perempuan atau tiga saudara perempuan atau dua anak perempuan atau dua saudara perempuan lalu dia bersikap ihsan dalam pergaulan dengan mereka dan mendidik mereka dengan penuh rasa takwa serta bertanggungjawab, maka baginya syurga.
19. Daripada Aisyah r.a. Barangsiapa yang diuji dengan sesuatu daripada anak-anak perempuan lalu dia berbuat baik kepada mereka, maka mereka akan menjadi penghalang baginya daripada api neraka.

"tercipta engkau dari rusuk lelaki, bukan dari kaki untuk dialasi, bukan dari kepala untuk dijunjung, tetapi dekat di bahu untuk dilindung, dekat di hati untuk dikasihi, engkaulah wanita hiasan duniawi "

la tahzan



Sekali lagi air mata itu tumpah, bagai melegakan hati pemiliknya.
Wanita,
Kadangkala diuji dengan sehebat-hebat ujian.
Zahirnya lemah tapi batinnya gagah anugerah Tuhan.

La tahzan.

Optimislah dengan ujian. Itu hadiah Tuhan.
Bersyukurlah. Beruntunglah.
Dari jutaan, engkau pilihanNya.
Kita rasa kitalah yang besar ujiannya. Kita rasa kitalah paling berat bebanannya.
Come on. Ada orang lagi besar ujiannya. Lagi berat bebanannya.
Jangan merungut sayang. Jangan mengeluh walau sedetik.
Kita milik Dia. Dulu, Kini. Dan selamanya.
Maka Dia berhak menentukan yang sebaiknya buat kita.
Bukan hanya di dunia. Bahkan hingga ke daerah sana.
Jalan takdir Allah tak pernah salah.
Berbaik sangkalah dengan aturanNya.
Jika perlu untuk engkau menangis, maka menangislah.
Tapi sayang, jangan sedih lama-lama.
Nampak macam kita kurang redha dengan apa yang Allah aturkan.
Takdir Allah is something yang unexpected.
Miracle things may come soon. Soon.
Engkau harus percaya.
Ya, percaya.
La tahzan.
Syurga itu mahal sayang, bukan mudah kita nak dapat.
Even people always said, benda yang payah nak dapat itulah yang kita akan benar-benar hargai.
Dan kita pasti bahagia sangat bila dapat.
Itu pasti.
Senyum.
Tapi terkadang ada masa kita jatuh.
Tak mampu nak bangun.
Tapi, ingatlah. Walau apa pun, Allah akan tetap menemani.
Just beside you.
Selalu.
Allah akan ubat luka di hati kita.
Perlahan. Perlahan.
Inilah hadiah buat hambaNya yang bertabah!
Tears.
InsyaAllah, bila Allah redha, Allah akan mudahkan.
Tak mudah. Siapa kata mudah?
Tapi inilah kasih sayang Tuhan.
Berdamailah dengan takdirNya.
Dan sampai masa kita akan faham, ada perkara yang memang dah tertulis akan terjadi.
Dan tertulis di Luh Mahfuz.
Dan kita mesti berhenti daripada memaksa ia jadi macam yang kita nak.
Tetaplah sabar dan redha dengan aturanNya.
Bukalah surat cinta dariNya.
Pasti akan damai hatimu.
” Maka hanya bersabar itulah yang terbaik (bagiku)” [Yusuf: 18]
La tahzan. Kesatlah air matamu.
Allah ada.
Allah tahu.
“Dan bertakwalah kepada Allah, sungguh, Allah Mengetahui segala isi hati.” [Al-Maidah:7]
Dan ingatlah,
“Kebahagiaan kita tidak terletak pada harta, tidak pada penampilan diri, tidak juga pada gemerlap perhiasan dan keindahan dunia. Ukuran kebahagiaan terkait erat pada hati dan ruh manusia yang mendamba redha Tuhannya.” -Hasan Al-Banna-
La tahzan,
Jadilah wanita yang paling bahagia! :)

La tahzan
# Artikel ini adalah perkongsian daripada Nor adibah Saihen ke inbox emel akuislam. Semoga memberi manfaat kepada semua pembaca =)

penyisir rambut puteri firaun


Assalamualaikum w.b.t,

          Segala puji bagi Allah, Tuhan sekalian alam. Selawat dan salam disampaikan kepada junjungan Nabi Muhammad s.a.w, keluarga serta sahabat-sahabat baginda.

Para pembaca yang dirahmati Allah,

          Jika sebelum ini, saya ada berkongsi cerita tentang isteri Firaun, jadi pada kali ini saya ingin berkongsi cerita tentang wanita unggul yang hidup pada zaman Firaun. Beliau adalah Masyitah.

**********

Dari Ibnu Abbas bahawa Rasulullah s.a.w bersabda :

“ Pada malam aku diisrakkan oleh Allah, bau wangi semerbak di hidungku. Aku bertanya, ‘ Hai Jibril, bau wangi apakah ini? ‘

Jibril menjawab, ‘ Ini adalah bau wangi Masyitah Firaun dan anak-anaknya.’

Rasulullah bertanya kembali, ‘ Bagaimana keadaannya bermula? ‘

Jibril berkata, ‘ Pada suatu hari, ketika dia sedang menyikat rambut puteri Firaun, tiba-tiba jatuhlah sikat itu dari tangannya. Lalu seketika dia berkata, “ Bismillah ( dengan nama Allah ) “.

Puteri Firaun bertanya kepadanya, “ Apakah yang kamu maksudkan adalah ayahku? “

Masyitah menjawab, “ Bukan, namun Tuhanku dan Tuhan ayahmu adalah Allah “.

Puteri Firaun berkata, “ Apakah aku boleh mengatakan ini pada ayahku ? “

Masyitah berkata, “ Ya .”

Kemudian puteri Firaun memberitahu kejadian tersebut kepada ayahnya. Selanjutnya, Masyitah dipanggil menghadap Firaun yang berkata, “ Hai Masyitah, apakah kamu memiliki Tuhan selain diriku? “

Masyitah menjawab, “ Ya,Tuhanku dan Tuhanmu adalah Allah.”

Kemudian dia dibawa ke kawah besar yang diperbuat dari tembaga dengan air panas dan Firaun memerintahkan untuk melempar Masyitah beserta anak-anaknya ke dalam air mendidih tersebut. Sebelumnya, Masyitah berkata kepada Firaun, “ Aku memiliki permintaan kepadamu.”

Firaun berkata, “ Apa permintaanmu ? “

Masyitah berkata, “ Aku berharap kamu sudi mengumpulkan tulang belulangku dengan tulang belulang anak-anakku dalam satu pakaian dan dikuburkan bersama-sama.”

Firaun berkata, “ Kamu berhak mendapatkannya.”

Segera anak-anak Masyitah dilemparkan ke dalam kawah seorang demi seorang hingga tiba giliran anaknya yang paling kecil dan masih menyusu. Masyitah melihat maju mundur ( ragu-ragu ) kerana anak itu.

Dengan kekuasaan Allah, si anak berkata, “ Wahai ibu, acuhkan air mendidih itu, kerana sesungguhnya azab dunia lebih ringan dari azab akhirat.”

Akhirnya, Masyitah pun menerobos masuk ke dalam air mendidih itu.’

**********
          Allahuakbar !!! Hebatnya srikandi ini..Kuatnya kesabaran Masyitah dalam memperjuangkan iman. Walaupun anak-anaknya dibunuh di depan matanya, namun dia tidak lemah dan goyah. Iman kita bagaimana pula? Renung-renungkan…

Wallahualam.


                                                 

Allahu !!



Allah...
Tidak tertahan rasanya hati ini,
Dendangan sebuah irama yang mengusik hati,
Cukup buat hati ini terusik,
Mengetuk hati yang usang,
Sebak makin menghinggap di sanubari,
Mengenangkan dosa-dosa lalu,
Memenuhi ruang kotak benak,
Ingin sekali dilempar ia jauh nun disana,
Namun kadangkala ia datang berbisik,
Sekali lagi air mata jatuh keguguran.

Allah…..
Suatu hamasah dalam diri membara,
Ingin terus berlari mendakapMu,
Di perjalanan, jahiliah itu menarikku,
Usaha demi usaha untuk melepaskan darinya,
Ku berjaya….alhamdulillah.


Allah….
 Kadangkala ia datang kembali…..
Jahiliah itu datang lagi menghampiri,
Senjata keimananku berada di hadapan,
Ku rasakan ia selamat,
Tiba-tiba ku terleka,
Senjata itu entah ke mana,
Sekali lagi aku terkunci dengan jahiliah itu.

Allah….
Ku akan terus usaha,
Walau berkali-kali aku dipagari,
Ku disekat dengan jahiliah,
Ku akan terus mara melangkah,
Walau onak duri harus ku tempuhi.

Allah…
Secebis kekuatan ku harap dariMu,
Redhailah hidupku dalam dakapan kasihMu,
Aku ingin terus dalam dakapan kasih sayangMu,
Berikanlah ku kesabaran dan ketabahan dalam ujiaMu.

Wednesday, 7 January 2015

URUTAN TRADISIONAL KANGKAR PULAI


KESIHATAN KUNCI KEBAHAGIAAN

Istilah Urut

Urut; sama ada urut tradisional, urut thai, urut reflesology, urut SPA dan sebagainya mempunyai tujuan yang sama iaitu perlakuan bagi melancarkan perjalanan atau pengaliran darah dalam tubuh badan.  Terdapat tukang urut yang mewarisi urut dari keluarga atau keturunan, ada juga yang mempelajari secara khusus dan juga yang menggabungkan kedua-dua nya bagi menjadikan urutan lebih berkesan.

Ada tukang urut mewarisi dan mempelajari cara mengurut dari ibu, ayah, datuk atau nenek mereka, ada juga yang mempelajarinya secara khusus untuk mendapatkan ilmu tersebut.

Aliran darah dalam tubuh umpama longkang.  Sekiranya air longkang mengalir baik maka tidak perlu disapu.  Tetapi apabila longkang mula tersumbat dengan longgokan lemak atau pasir atau sampah maka pertolongan bagi melepaskan loggokan itu diperlukan.  Begitu juga mengurut, urat atau pembuluh darah yang tidak lancar akan mengakibatkan tangan, kaki atau tubuh menjadi kebas dan lebih parah lagi susah untuk bergerak!  Apabila kesukaran pergerakan bermula maka berbagai masalah praktikal yang akan timbul.  




FZ PERKASA JAYA ENTERPRISE yang beroperasi di alamat rumah No 47,Jalan Pulai Bestari 2,Bandar Baru Kangkar Pulai,81110,Johor Bharu,Johor.Beroperasi sebagai Mobile SPA yang mana menyediakan  perkhidmatan urutan selepas bersalin wanita,urutan tradisional,refleksologi,sauna,solekan,facial dan bekam.

Pada tahun 2011 FZ Perkasa Jaya telah mengorak langkah setapak dengan melibatkan diri dalam bidang tenaga pengajar.Ianya bertujuan untuk membantu golongan belia,ibu-ibu tunggal,wanita serta kaum lelaki mengenai ilmu pengetahuan tentang kesihatan luaran dan dalaman serta membantu memperolehi pendapatan lumayan.Penglibatan dalam bidang kesihatan dalaman dan luaran selama 8 tahun.





Wednesday, 17 September 2014

tabahlah ~ :)


~✿..Jangan putus asa untuk BERUBAH menjadi hamba Allah SWT yang BAIK..baik di sini adalah baik mengikut neracaNya, BUKAN mengikut neraca manusia semata-mata, jangan putus asa kerana Allah itu Maha Pengampun..jika JATUH, jika TERSUNGKUR, jika TERTEWAS di tengah usaha, jangan sesekali berhenti untuk BANGUN SEMULA..sesungguhnya Allah mengira USAHA kita, bukan natijahnya..✿~


>>> Bila ALLAH ada di dalam hatimu, kamu seolah-olah MEMILIKI segala-galanya..itulah KEKAYAAN, KETENANGAN dan KEBAHAGIAAN yang hakiki..YAKINLAH denganNya..(✿◠‿◠)



Jangan diungkit kisah silam orang yang ingin berubah...

Cuma doakan terbaik buat mereka...
Kerana DOA ITU SENJATA 



Ada kenangan yang perlu disimpan, ada kenangan yang perlu dipadam dan ada yang perlu dilupakan..


Seandainya terlalu sulit untuk menutup tirai kenangan semalam, berdoalah kepada Allah agar Dia memberikan hatimu keredhaan menerima segala kenangan sebagai suatu jalan kehidupan yang banyak memberi pengajaran. :')


Kita punya kisah silam yang berbeza beza. Ujian yang berbeza beza. Tapi apa yang sama adalah kepada Allah juga kita kembali.


"Apabila kita ikhlas berbuat baik pada seseorang tetapi ia tetap tak menghargainya....mungkin kebaikan kita terlalu suci utk dibalas di duniawi,teruskan mengajak manusia ke arah kebaikan.Tak dapat balasan di sini,pahala tetap bersama kita di sana."

~ustaz Umar Muhammed~



Nikmat yang paling berharga selepas nikmat iman dan islam,

adalah memiliki SAHABAT yang soleh. Jika kamu mendapati kewujudan kasih sayang antara kamu dengannya maka peganglah dia bersungguh-sungguh



-Saidina Umar Al Khattab-



Kita boleh padam 'history' internet kita agar orang lain tidak tahu apa keburukan yang kita tengok, tonton, di internet.


Tetapi kita tidak akan mampu memadamkan 'history' yang Allah rekodkan buat perhitungan di akhirat kelak.



"Barangsiapa melakukan kebaikan walau sebesar zarah, dia akan dihitung. Dan barangsiapa yang mengerjakan kejahatan walau sebesar zarah, dia akan dihitung." Surah Al-Zalzalah ayat 7-8.



Kadang-Kadang, Allah Turunkan 'Cinta' .. Adalah Untuk Menguji..Sama Ada Kita Akan Setia Dengan 'CINTA-NYA' Atau Hanyut Dengan 'CINTA DIA'



Penat Nak Marah ,

Penat Nak Merajuk .
Penat Nak Terasa Hati . 



Jadi , Diam Adalah Jalan Penyelesaian .. 



Diam Bukan Bermaksud Kita Kalah.
Tapi , Ianya Untuk Membuktikan Kita Mampu Bertolak Ansur ..



Dengan Mengalah 



Macam Mana Nak Bina Keyakinan ?

- Dengan Senyuman-  



Jika Ada Yang Menghina Kita Hodoh ? Buruk ? Atau Sebagainya ..
Maka , Senyumlah  



InsyaAllah
Ianya Cukup Untuk Memberi Kita Keyakinan 


Cinta Itu bila, kau tetap kembali di sisinya biarpun dia sudah melukai kau berulang kali antara SEDAR dan TAK SENGAJA.


Saya Menganggap Persahabatan Itu Bukan Dikira Berdasarkan 

'Kesetian' ' Hadiah' Dan Sebagainya .



Tapi , Makna Persahabatan Pada Saya Ialah 
Sehebat Mana Pun Kita Bergaduh . 



Kita Masih Mampu Kekalkan 'Ukhwah' Tersebut 



Bukan senang nak berubah. 

Bukan senang nak bangun lepas terjatuh. 



Me: Well, try harder. Jangan manja sangat. Ada kaki, bangun sendiri.


" Jika nak mencerminkan diri jangan di depan cermin kerana nampak diri kita perfect..cerminkan diri dengan orang mulia dan berakhlak di situ kita akan nampak kekurangan dalam diri kita.."