Click Here For Free Blog Templates!!!
Blogaholic Designs

Pages

Friday, 20 December 2013

h4t1

Memendam perasaan itu dinamakan jihad. Kerana kita sedang memperjuangkan diri kita daripada terjebak dengan dosa. Andai seseorang meluahkan perasaannya terhadap kita dan kemudian kita menerima perasaannya, mengikat sebuah hubungan haram, membuka hati kita untuk menerima cinta kepada yang tak sepatutnya. Samalah, seperti balang gula-gula yang telah terbuka dari penutupnya.
Dan ketika sedang menjalin hubungan tanpa ikatan dengannya, kita sibuk menzahirkan cinta, meluahkan sayang kepadanya, kerana ketika itu, hidup kita hanya untuk membahagiakannya. Ini diibaratkan seperti gula-gula yang terdapat dalam balang itu telah diberikan kepada dia.

Lalu, akhirnya dia pergi meninggalkan kita setelah puas mempermainkan kita yang leka dalam cinta. Balang gula-gula itupun yang sudah terbuka penutupnya, hanya tingal sedikit sisa-sisa, beberapa gula-gula. Dan hati kita itu, hanya  balang gula-gula yang tinggal sedikit isinya. Adakah hati itu yang bakal kita persembahkan kepada seorang Adam yang bergelar suami, halal keatas kita, dan bakal menghabiskan masanya bersama kita?


Si suami bakal mendapat cinta secondhand. Tidakkah kita merasa malu untuk berdepan dengannya, kerana hati ini pernah menjadi kepunyaan orang lain?
Suka pada seseorang. Itu namanya fitrah. Kerana itulah, berada di alam remaja, merupakan alam yang paling mencabar.
Ada sesetengah manusia, menjadikan cinta sebagai media pemuasan hawa nafsu. Inilah yang berlaku pada akhir zaman sekarang. Kes buang bayi, mengandung anak luar nikah, semakin banyak terjadi. Inilah umat akhir zaman.
Cinta yang lazimnya ditujukan kepada pemuasan hawa nafsu semata, sebenarnya cinta yang diilhamkan Tuhan untuk haiwan.
Al-Farabi
Tidak malukah kita? Disamakan dengan haiwan?
Muhasabah diri. Suka seseorang, pendamkan sahaja. Fikir dahulu,tidakkah kita berasa malu? Mencintai seseorang, tanpa terlebih dahulu mencintai Dia. Bagaimana kita, mahu mengetahui tanda-tanda kita mencintai Allah?
…..
Tanda-tanda Mencintai Allah
Kalau cinta, rindu untuk bertemu.
Bagaimana sikap kita sewaktu hendak berjanji temu (solat) dengan Allah?
Kalau cinta, suka apabila disuruh.
Bagaimana sikap kita  sewaktu diperintah menutup aurat, menjauhi zina dan lain-lain?
Tidak malukah kita? Mencintai hambaNya terlebih dahulu tanpa mencintai Dia?
Andainya kita risau, orang yang kita sukai bakal jatuh ke tangan orang lain, ingatlah kita ini siapa. Orang yang disukai itu bukan milik kita sebaliknya milikNya. Layakkah kita merisaukannya. Ingatlah, jodoh itu ketentuan Tuhan, kita hamba tidak perlu bersusah payah memikirkannya.
Apa guna bercouple? Sedangkan dia yang kita sukai itu belum tentu lagi jodoh kita. Elakkan. Kerana ia selangkah menuju kepada perbuatan zina. Dan Allah sendiri telah berfirman:
“Dan janganlah kamu mendekati zina…. (Al-Isra’ 17:32)”
Cinta selepas kahwin itu indah. Kerana apa yang haram untuk dibuat, halal untuk kita lakukan terhadapnya. Simpan diri untuk yang halal. Bila hati diuji kerana fitrah, peganglah pada prinsip: ‘hati itu ibarat balang gula-gula.’
Wanita, peliharalah cintamu untuk yang halal. Memendam itu berjihad. Tidak perlu bercouple untuk melampias fitrah. Kita wanita, senang menuju ke syurgaNya.
copy and paste dr blog len :D

apakah erti cinta ?

C I N T A ditafsirkan mengikut tafsiran orang yang mengunkapkan kata cinta malahan kata cintanya kadang-kadang terkeliru dengan perbuatannya sendiri. Ini bermakna mereka tidak dapat memahami erti cinta itu sebenar.
Marilah, kita memahami erti cinta; cinta sebenar, cinta palsu dan syirik cinta.
Syirik cinta, iaitu menyamakan cinta kita kepada Allah sama seperti cinta kita kepada seseorang atau makhluk yang lain dengan perbuatan mengagongkannya dan rasa takut padanya. Sedangkan yang layak untuk diagongkan dan rasa takut hanyalah untuk Allah semata-mata. Ini adalah cinta salah, cinta syirik, janganlah kita terjerumus ke dalam jenis cinta ini.
Janganlah kita juga tertipu dan terjerumus dalam cinta palsu atau cinta yang tak cukup iaitu hanya menuturkan kata menyintai ALLAH SWT tetapi mengingkari syariatnya. Cinta jenis ini tidak mencukupi untuk melayakkan kita memasuki syurga Allah dan terhindar daripada azab neraka. Kenapa? Kerana orang munafik dan orang kafir juga cinta kepada Allah.
Mereka menuturkan kata menyintai ALLAH tapi mereka sebenarnya orang yang kufur pada nikmat akal, pendengaran dan penglihatan. Mereka mengkhianati apa yang dituturkan kerana mereka mengingkari apa yang dibawa oleh Rasulullah SAW aitu dengan tidak mematuhi perintah syariatnya yang datangnya dari Allah swt. Cinta mereka tidak sempurna (tidak cukup) bila mengakui kalimah syahadat yang pertama tetapi mengingkari kalimah syahadat yang kedua.
Bukankah itu yang banyak terjadi pada masa kini, golongan yang Islam pada luarannya tetapi kafir pada dalamannya?  Nauzu Billah Min Zalik.
Justeru, janganlah kita sekadar tahu mengucapkan kata cintq tapi buta hati akan makna cinta sebenar . Erti cinta sebenar ialah apabila kita cinta kepada apa yang dicintai oleh Allah. Cinta (patuhi) apa yang diperintahkan oleh Allah dan benci pada apa yang dilarang oleh Allah. Cinta ini membawa kita ke jalan Allah dan seterusnya menjadi muslim sejati iaitu orang yang dicintai Allah.
Kedua, erti Cinta Sebenar ialah Cintailah kerana Allah. Jika kita mencintai seseorang cintailah kerana Allah. Cintailah seseorang bukan saja pada rupanya tapi cintailah seseorang kerana cintanya yang dekat dengan Allah iaitu yang mengikut ajaran Allah.
Semoga dengan memahami kesempunaan cinta sebenar, maka kita akan berada di dalam landasan kebenaran. Raihlah ia dengan bermunajat kepada Allah supaya dikurniakan hati yang lapang untuk menerimanya dan mengimaninya. Kesempurnaan cinta bermula dari mencintai Allah yang Esa dan insyaAllah akan sempurnalah cinta kepada yang lain. SubhanAllah..
Katakanlah “Saya Cinta Allah dan menyintai apa yang dicintai olehNya.” Semoga dengan sentiasa membisikkan dalam hati, hati kita terarah dan terlatih untuk hanya menyintaiNya dan meyintai apa yang dicintai olehNya.
Cinta yang sebenar-benar cinta!
Thursday, 19 December 2013

ukhuwah



aku merindui sahabat-sahabatku semua.Adakah semuanya sihat ?

maaf kerana tidak bertanya khabar . tidak sabar aku untuk berjumpa korang..
tinggal lagi seminggu sahaja.semoga hari itu tiba dengan penuh rahmat dan dalam keredhaan-Mu.

sahabat , aku ingin engkau tahu bahawa aku amat menyayangi kamu semua.terima

kasih sudi menjadi sahabatku ..walaupun bukan selamanya dan
cuma seketika. aku tak akan lupakan korang ..InsyaAllah..Ameen.

telah banyak khilaf yang aku lakukan kepada kamu..aku amat berharap

dapat di maafkan. maafkanlah dosa silam dan akan datang.
aku tak akan tenang sekiranya semua khilaf aku tak dapat di maafkan.

aku insan biasa yang hidup sebagaimana di tetapkan oleh -Nya.

yang buruk datangnya dari diri aku sendiri dan yang baik datang
 dari-Nya.

semua yang berlaku telah ditentukan oleh-Nya .aku bersyukur dipinjamkan

kawan-kawan yang sangat baik.sampaikanlah kemaafan ku kepada
yang lain.


halalkan segalanya yang aku ambil daripada kamu.kenangan suka duka

tidak akan aku lupakan.semoga ukhuwah yang kita bina
ilal jannah.semoga persahabatan kita tidak akan terpisah.

Ya Allah,

satukanlah hati kami sentiasa.
tegurlah kami sekiranya kami tersasar dari landasan
dengan caraMu.
eratkanlah ukhuwah kami,
kurniakanlah persefahaman yang sama.
letakkan kami di dalam redhaMu.
permudahkanlah ukhuwah yang di
bina ini.

Ya Allah,

janganlah Engkau hancurkan ukhuwah ini,
janganlah Engkau pisahkan kami.
janganlah Engkau pesongkan fikiran kami.
janganlah Engkau jadikan ukhwah yang di bina
ini sia-sia..

Ameen....


aku menyayangi semua orang yang aku kenali..meski baik mahupun buruk .

aku mengharapkan keredhaan dari Mu.
aku sentiasa merinduimu semua.
wasalam.
Kafaa bilmauti waa-‘izhan
Jazakallahu khairan kathira

Monday, 16 December 2013

kisah Ali menanti Fatimah

ibadi mulia. Dia sedar, dirinya tidak punya apa-apa, untuk meminang puteri Rasulullah. Hanya usaha dengan bekerja supaya dapat merealisasikan cintanya. Itulah Ali, sepupu baginda sendiri. Sehingga beliau tersentap, mendengar perkhabaran bahawa sahabat mulia nabi, Abu Bakr As-Siddiq, melamar Fatimah.

“Allah mengujiku rupanya”, begitu batin Ali. Ia merasa diuji kerana merasa apalah dia dibanding Abu Bakr. Kedudukan di sisi Nabi? Abu Bakr lebih utama, mungkin dia bukan kerabat dekat Nabi seperti Ali, namun keimanan dan pembelaannya pada Allah dan RasulNya tak tertandingi. Lihatlah bagaimana Abu Bakr menjadi kawan perjalanan Nabi dalam hijrah sementara Ali bertugas menggantikan beliau untuk menanti maut di ranjangnya. Lihatlah juga bagaimana Abu Bakr berdakwah. Lihatlah berapa banyak tokoh bangsawan dan saudagar Makkah yang masuk Islam kerana sentuhan Abu Bakr; Utsman, Abdurrahman ibn Auf, Thalhah, Zubair, Sa’ad ibn Abi Waqqash, Mush’ab. Ini yang tak mungkin dilakukan kanak-kanak kurang pergaulan seperti Ali. Lihatlah berapa banyak budak muslim yang dibebaskan dan para faqir yang dibela Abu Bakr; Bilal, Khabbab, keluarga Yassir, Abdullah ibn Mas’ud. Dan siapa budak yang dibebaskan Ali? Dari segi kewangan, Abu Bakr sang saudagar, insyaAllah lebih bisa membahagiakan Fatimah. Ali hanya pemuda miskin dari keluarga miskin.

“Inilah persaudaraan dan cinta”, gumam Ali.
“Aku mengutamakan Abu Bakr atas diriku, aku mengutamakan kebahagiaan Fatimah atas cintaku.”

Namun, sinar masih ada buatnya. Perkhabaran diterima bahawa pinangan Abu Bakr ditolak baik oleh Nabi. Ini menaikkan semangat beliau untuk berusaha mempersiapkan diri. Tapi, ujian itu bukan setakat disitu, kali ini perkhabaran lain diterima olehnya. Umar Al-Khattab, seorang sahabat gagah perkasa, menggerunkan musuh islam, dan dia pula cuba meminang Fatimah. Seorang lelaki yang terang-terangan mengisytiharkan keislamannya, yang nyata membuatkan muslimin dan muslimat ketika itu yang dilanda ketakutan oleh tentangan kafir Quraisy mula berani mendongak muka, seorang lelaki yang membuatkan syaitan berlari ketakutan.

Ya, Al-Faruq, sang pemisah kebenaran dan kebatilan itu juga datang melamar Fatimah. Ali mendengar sendiri betapa seringnya Nabi berkata, “Aku datang bersama Abu Bakr dan Umar, aku keluar bersama Abu Bakr dan Umar, aku masuk bersama Abu Bakr dan Umar”. Betapa tinggi kedudukannya disisi Rasul, disisi ayah Fatimah. Ali redha kerana dia tahu Umar lagi layak darinya. Tetapi, sekali lagi peluang terbuka, tatkala perkhabaran diterimanya, bahawa pinangan Umar juga ditolak. Bagaimanakah sebenarnya menantu pilihan Nabi, sedangkan dua sahabat baginda turut ditolak peminangannya?

Pada suatu hari Abu Bakr As-Siddiq r.a, Umar Ibnu Khattab r.a dan Sa’ad bin Mu’adz bersama-sama Rasul Allah s.a.w duduk dalam masjid. Pada kesempatan itu diperbincangkan antara lain persoalan puteri Rasul Allah s.a.w. Saat itu baginda bertanya kepada Abu Bakr As-Siddiq r.a: “Apakah engkau bersedia menyampaikan persoalan Fatimah itu kepada Ali bin Abi Thalib?”

Abu Bakar As-Siddiq menyatakan kesediaanya. Ia beranjak untuk menghubungi Ali r.a. Sewaktu Ali r.a melihat datangnya Abu Bakar As-Siddiq r.a dgn tergopoh-gopoh dan terperanjat ia menyambutnya kemudian bertanya: “Anda datang membawa berita apa?”

Setelah duduk beristirehat sejenak, Abu Bakar As-Siddiq r.a segera menjelaskan persoalannya: “Hai Ali engkau adalah orang pertama yang beriman kepada Allah dan RasulNya serta mempunyai keutamaan lebih dibanding dengan orang lain. Semua sifat utama ada pada dirimu. Demikian pula engkau adalah kerabat Rasul Allah s.a.w. Beberapa orang sahabat terkemuka telah menyampaikan lamaran kepada baginda untuk mempersunting puteri beliau. Lamaran itu telah beliau semua tolak. Beliau mengemukakan bahawa persoalan puterinya diserahkan kepada Allah s.w.t. Akan tetapi hai Ali apa sebab hingga sekarang engkau belum pernah menyebut-nyebut puteri beliau itu dan mengapa engkau tidak melamar untuk dirimu sendiri? Kuharap semoga Allah dan RasulNya akan menahan puteri itu untukmu.”

Mendengar perkataan Abu Bakr r.a mata Saidina Ali r.a berlinang air mata. Menanggapi kata-kata itu, Ali r.a. berkata: “Hai Abu Bakr, anda telah membuatkan hatiku bergoncang yang semulanya tenang. Anda telah mengingatkan sesuatu yang sudah kulupakan. Demi Allah aku memang menghendaki Fatimah tetapi yang menjadi penghalang satu-satunya bagiku  kerana aku tidak mempunyai apa-apa.”

Abu Bakr r.a terharu mendengar jawapan Ali itu. Untuk membesarkan dan menguatkan hati Ali r.a, Abu Bakar r.a berkata: “Hai Ali, janganlah engkau berkata seperti itu. Bagi Allah dan RasulNya dunia dan seisinya ini hanyalah ibarat debu bertaburan belaka!”

Setelah berlangsung dialog seperlunya Abu Bakar r.a berhasil mendorong keberanian Ali r.a untuk melamar puteri Rasul Allah s.a.w.

Beberapa waktu kemudian Sayyidina Ali r.a. datang menghadap Rasul Allah s.a.w yg ketika itu sedang berada di tempat kediaman Ummu Salamah. Mendengar pintu diketuk orang, Ummu Salamah bertanya kepada Rasulullah s.a.w: “Siapakah yg mengetuk pintu?” Rasul Allah s.a.w menjawab: “Bangunlah dan bukakan pintu baginya. Dia orang yang dicintai Allah dan RasulNya dan ia pun mencintai Allah dan RasulNya!”

Jawapan Nabi Muhammad s.a.w itu belum memuaskan Ummu Salamah r.ha. Ia bertanya lagi: “Ya tetapi siapakah dia itu?”

“Dia saudaraku orang kesayanganku!” jawab Nabi Muhammad s.a.w.

Tercantum dalam banyak riwayat bahawa Ummu Salamah di kemudian hari mengisahkan pengalamannya sendiri mengenai kunjungan Saidina Ali r.a kepada Nabi Muhammad s.a.w itu: “Aku berdiri cepat-cepat menuju ke pintu sampai kakiku terantuk-antuk. Setelah pintu kubuka ternyata orang yang datang itu ialah Ali bin Abi Talib. Aku lalu kembali ke tempat semula. Ia masuk kemudian mengucapkan salam dan dijawab oleh Rasul Allah s.a.w. Ia dipersilakan duduk di depan beliau. Ali bin Abi Talib menundukkan kepala seolah-olah mempunyai maksud tetapi malu hendak mengutarakannya.

Rasul Allah s.a.w mendahului berkata: “Hai Ali nampaknya engkau mempunyai suatu keperluan. Katakanlah apa yang ada dalam fikiranmu. Apa saja yang engkau perlukan akan kau peroleh dariku!”

Mendengar kata-kata Rasul Allah s.a.w yang demikian itu lahirlah keberanian Ali bin Abi Talib untuk berkata: “Maafkanlah ya Rasul Allah. Anda tentu ingat bahawa anda telah mengambil aku dari pakcikmu Abu Talib dan makcikmu Fatimah binti Asad di kala aku masih kanak-kanak dan belum mengerti apa-apa. Sesungguhnya Allah telah memberi hidayat kepadaku melalui anda juga. Dan anda ya Rasul Allah adalah tempat aku bernaung dan anda jugalah yang menjadi wasilahku di dunia dan akhirat. Setelah Allah membesarkan diriku dan sekarang menjadi dewasa aku ingin berumah tangga; hidup bersama seorang isteri. Sekarang aku datang menghadap untuk melamar puteri anda Fatimah. Ya Rasul Allah apakah anda berkenan menyetujui dan menikahkan diriku dengan Fatimah?”

Ummu Salamah melanjutkan kisahnya: “Saat itu kulihat wajah Rasul Allah nampak berseri-seri. Sambil tersenyum beliau berkata kepada Ali bin Abi Talib: “Hai Ali apakah engkau mempunyai suatu bekal mas kahwin?”

Jawab Ali bin Abi Talib dengan terus terang. “Demi Allah, anda sendiri mengetahui bagaimana keadaanku tak ada sesuatu tentang diriku yang tidak anda ketahui. Aku tidak mempunyai apa-apa selain sebuah baju besi, sebilah pedang dan seekor unta.”

Rasul Allah s.a.w menanggapi jawapan Ali bin Abi Talib: “Tentang pedangmu itu engkau tetap memerlukannya untuk perjuangan di jalan Allah. Dan untamu itu engkau juga perlu buat keperluan mengambil air bagi keluargamu dan juga engkau memerlukannya dalam perjalanan jauh. Oleh kerana itu aku hendak menikahkan engkau hanya atas dasar mas kahwin sebuah baju besi saja. Aku puas menerima barang itu dari tanganmu. Hai Ali engkau wajib bergembira sebab Allah ‘Azza Wajalla sebenarnya sudah lebih dahulu menikahkan engkau di langit sebelum aku menikahkan engkau di bumi!” Demikian riwayat yang diceritakan Ummu Salamah r.ha.

Setelah segala-galanya siap dengan perasaan puas dan hati gembira dengan disaksikan oleh para sahabat, Rasul Allah s.a.w mengucapkan kata-kata ijab kabul pernikahan puterinya: “Bahwasanya Allah s.w.t memerintahkan aku supaya menikahkan engkau Fatimah atas dasar mas kahwin 400 dirham. Mudah-mudahan engkau dapat menerima hal itu.”

“Ya Rasul Allah, itu ku terima dgn baik” jawab Ali bin Abi Talib r.a dalam pernikahan itu.

Dan ternyata tak kurang juga yang dilakukan oleh Puteri Sang Nabi, dalam suatu riwayat dikisahkan, bahawa suatu hari, Fatimah berkata kepada Ali: “Maafkan aku, kerana sebelum menikah denganmu, aku pernah satu kali merasakan jatuh cinta pada seorang pemuda”. Ali terkejut dan berkata: “Jikalau begitu, mengapa engkau mahu menikah denganku? Dan siapakah pemuda itu?”

Sambil tersenyum Fatimah berkata: “Ya, kerana pemuda itu adalah dirimu”

Wallahua’lam bissawab
Dipendamkan di dalam hatinya, yang tidak diceritakan kepada sesiapa tentang perasaan hatinya. Tertarik dirinya seorang gadis, yang punya peribadi tinggi, paras yang cantik, kecekalan yang kuat, apatah lagi ibadahnya, hasil didikan ayahnya yang dicintai oleh umat manusia, yakni Rasulullah s.a.w. Itulah Fatimah Az-Zahrah, puteri kesayangan Nabi Muhammad, serikandi berper
Thursday, 12 December 2013

tetamu terakhir

Setiap yang bernyawa pasti punya tetamu terakhir...

ia datang tanpa di undang,berdiri di depan pintu tanpa mengetuk...


dan tanpa izin akan mencabut nyawa kita..

tetamu itu adalah kematian...

Sahabat ku...

apakah kita sudah siap menghadapinya ? Bukankah kuburan ada di sekitar kita ? Bukankah setiap hari ada yang sakit dan mati di sekitar kita ? Bukankah itu sudah cukup mengingatkan kita akan kehadirannya ?

Perbanyaklah mengingat kematian. seorang hamba yang banyak mengingat mati maka Allah akan menghidupkan hatinya dan di ringankan baginya akan sakitnya kematian. {HR.Ad Dailami}

Kita tidak mengetahu bila tetamu ini akan menjemput kita..

apakah puluhan tahun ? Beberapa tahun lagi ? atau dalam hitungan bulan,hari,jam, atau mungkin beberapa detik lagi ?

Maka bersiaplah menyambut tamu terakhir iaitu kematian...

Persiapkan diri kita dengan bekal amal sebanyak banyaknya..

" Mati mendadak suatu kesenangan bagi seorang mukmin dan penyesalan bagi orang durhaka." {HR.Ahmad}

Janganlah seseorang mati kecuali dalam keadaan berbaik sangka terhadap Allah." {HR.Muslim}

Yaa Allah...

Mudahkanlah saat sakharatul maut kami... Wafatkanlah kami dalam keadaan berserah diri kepada-MU dan masukkanlah kami dalam golongan orang-orang sholeh..

aamiin ya robbal'alamiin. ..

Jazakumullahu khairan wabarakallahu fiikum..

memanjangkan ilmu mereka...

Syaitan Lemah dgn org yg Iklhas..

Allah berfirman bermaksud: "Iblis berkata:
Wahai tuhanku, kerana Engkau telah
menjadikan daku sesat,(maka) demi
sesungguhnya aku akan memperelokkan
segala jenis maksiat kpd adam dan zuriatnya
didunia ini dan aku akan menyesatkan mereka
semuanya, kecuali di antara zuriat2 Adam itu
hamba2 Mu yg Ikhlas(yg di bersihkan drpd
sebarang syirik).''' surah al-Hijr ayat 39-40

-shafiq-


Ganjaran Bagi Mereka yang berniat Syahid

Daripada Sahl bin Hunaif r.a., Nabi s.aw.
bersabda: "Siapa yang bermohon kepada
Allah agar ia syahid dengan niat yang
benar. nescaya Allah akan
menyampaikannya kepada kedudukan para
syuhada sekalipun ia mati di tempat
tidurnya."(Hadith riwayat muslim)

-shafiq-



Orang yang paling miskin ialah dia yang menjual jiwanya dengan harta...
Dia orang yang tidak ada idealisme... yang ada hanya hedonisme.
Dia orang yang tidak ada pendirian... yang ada hanya mengharapkan ganjaran.
Dia bukan pembela kepada pemimpin tetapi pengampu yang merosakkan kepimpinan.

[Ustaz Pahrol Juoi].


“Berdoalah kamu kepada Allah dalam keadaan kamu yakin dengan kemustajabannya. Ketahuilah sesungguhnya Allah tidak menerima doa dari jantung hati yang lalai dan alpa”

(Hadis Riwayat al-Tirmizi )


Disebalik kulit yang hitam itu ada sekeping hati yang amat putih .. Disebalik bibir yang tebal itu ada suara yang amat kuat melaungkan azan .. Apabila beliau melaungkan azan .. Suaranya kedengaran sehingga ke langit ke 7 .. Dan dialah BILAL IBNU RABAH ..

bahasa syurga ~ ;D

Mari belajar bahasa syurga ! :’)

1. Salam ukhwah fillah - salam persahabatan kerana Allah .
2. Ukhti - kakak atau saudara perempuan .
3. Akhi - abang atau saudara lelaki .

4. Zauj - suami .
5. Zaujah - isteri
6. Assif jiiddan - i’m really sorry
7. syukran-afwan - terima kasih - sama-sama
8. Ukhuwwah Fillah Abadan Abada - persaudaraan kerana Allah selama-lamanya
9. fa’iza ‘azamta fatawakkal’alallah - setelah kamu berazam maka bertawakkal lah
10. iinni akhafullah - sesungguhnya aku takutkan Allah
11. mafi qalbi ghairullah - tiada apa di dlam hati selain Allah
12. Lau samahta - excuse me
13. Naltaqi ghadan - kita jumpa lagi esok
14. Ilalliqa’ - Moga bertemu lagi
15. Syafaakallah - Moga Allah menyembuhkan awak – lelaki)
16. Syafaakillah -Moga Allah menyembuhkan awak – perempuan)
17. taffadhol - silakan
18. la aadri - saya tak tahu
19. ma fi musykilah - tiada masalah
20. Bitaufiq wannajah - semoga mencapai kejayaan
21. Jazakallahu khairan kathira - Semoga Allah memberi/menambah kebaikan yang banyak kepadamu
22. Wa iyyaka - dan ke atas kamu juga (jawapan utk jazakallahu khairan kathira)@Allahukhairujaza’ - Allah adalah sebaik-baik pemberi
23. fahimtum - adakah anda faham ?
24. fahimna - kami telah faham
25. sobahalkhair - selamat pagi
26. ijtahid wala taksal - bersunggguh-sungguh dan janganlah kamu malas
27. La Tahzan Innallaha Maana - Janganlah bersedih , sesungguhnya Allah bersamamu .
28. Kafaa bilmauti waa-‘izhan - cukuplah kematian itu menjadi peringatan
29. Bi idznillah , Inshaallah kull khayr ! Ameen , Barakallahu fiek - dengan izin Allah , inshaAllah semuanya baik ! Aamiin , semoga Allah merahmati kamu
30. masa ul khair - selamat petang
31. Tushibu ‘alal khair - selamat malam
32. Na’am - Ya
33. yallah yallah bisura’h - mari-mari cepat(lekas2)
34. ismahli ya ustaz/ustazah,uridu an azhaba ilal dauratul miah ?-tumpang tanya wahai ustaz/ustazah , bolehkah saya ingin ke bilik air ?
35. sannah helwah - happy birthday
36. ana aidon - saya juga
37. Maas salamah - Selamat tinggal
38. alaa khoirin wa afiyyah - dalam keadaan baik dan sihat
39. nin sain ? - kamu ada dimana ?
40. ayyuhidma alaik - apa yang boleh saya bantu
41. Barakallahu fik - Semoga Allah memberkati kamu
42. Dai’e - pendakwah
43. Allah ghoyatuna - Allah tujuan kami
44. Ar-Rasul qudwatuna - Rasul teladan kami
45. Al-Quran dusturna - Al-Quran panduan kami
46. Al-Jihad sabiiluna - Jihad jalan kami
47. Al-Mautu fi sabilillah asma amanina - syahid cita tertinggi kami
48. Innallaha ma’ana - sesungguhnya Allah bersama kamu