Click Here For Free Blog Templates!!!
Blogaholic Designs

Pages

Thursday, 20 March 2014

fikirlah ~~~~

Pelajar : Cikgu, macam mana kita nak pilih seseorang yang terbaik sebagai orang paling kita sayang?. Macam mana juga kasih sayang itu nak berkekalan?
Cikgu : Kamu pergi ke padang sekolah yang berada di luar kelas sekarang juga. Kamu berjalan di atas rumput di situ dan sambil memandang rumput di depan kamu, pilih mana yang PALING cantik tanpa menoleh ke belakang lagi walaupun sekali. Dan kamu petiklah rumput yang PALING cantik yang berada di depan kamu tersebut dan selepas itu bawa balik ke kelas.
Apabila pelajar tersebut balik semula ke kelas, tiada pun rumput yang berada di tangannya. Maka cikgu pun bertanya kepada pelajar tersebut.
Cikgu : Mana rumput yang cikgu suruh petik?
Pelajar : Oh, tadi saya berjalan di atas rumput dan sambil memandang rumput yang berada di situ, saya carilah rumput yang paling cantik. Memang ada banyak yang cantik tapi cikgu kata petik yang paling cantik maka saya pun terus berjalan ke depan sambil mencari yang paling cantik tanpa menoleh ke belakang lagi. Tapi sampai di penghujung padang , saya tak jumpa pun yang paling cantik. Mungkin ada di antara yang di belakang saya sebelum itu tapi dah cikgu cakap tak boleh menoleh ke belakang semula, jadi tiadalah rumput yang saya boleh petik.
Cikgu : Ya, itulah jawapannya. Maknanya, apabila kita telah berjumpa dengan seseorang yang kita sayang, janganlah kita hendak mencari lagi yang lebih baik daripada itu. Kita patut hargai orang yang berada di depan kita sebaik-baiknya. Janganlah kita menoleh ke belakang lagi kerana yang berlaku tetap dah berlaku. Dan semoga yang berlalu tidak lagi berulang. Jika kita berselisih faham dengan orang yang kita sayang itu, kita boleh perbetulkan keadaan dan cuba teruskan perhubungan tersebut walaupun banyak perkara yang menggugat perhubungan tersebut. Dan ingatlah orang yang kita sayang itulah kita jumpa paling cantik dan paling baik pada MULAnya walaupun nak ikutkan banyak lagi yang cantik dan baik seperti rumput tadi. KECUALILAH jika perhubungan tersebut tak boleh diselamatkan lagi, maka barulah kita mulakan sekali lagi. Maka sayangilah orang yang berada di depan kita dengan tulus dan ikhlas.
Seorang bijak pandai berpesan kepada anak lelakinya: “Wahai anakku, sekiranya engkau berasa perlu untuk bersahabat dengan seseorang, maka hendaklah engkau memilih orang yang sifatnya seperti berikut:
  • Jika engkau berbakti kepadanya, dia akan melindungi kamu;
  • Jika engkau rapatkan persahabatan dengannya, dia akan membalas balik persahabatan kamu;
  • Jika engkau memerlukan pertolongan daripadanya, dia akan membantu kamu;
  • Jika engkau menghulurkan sesuatu kebaikan kepadanya, dia akan menerimanya dengan baik;
  • Jika dia mendapat sesuatu kebajikan (bantuan) daripada kamu, dia akan menghargai atau menyebut kebaikan kamu;
  • Jika dia melihat sesuatu yang tidak baik daripada kamu, dia akan menutupnya;
  • Jika engkau meminta bantuan daripadanya, dia akan mengusahakannya;
  • Jika engkau berdiam diri (kerana malu hendak meminta), dia akan menanyakan kesusahan kamu;
  • Jika datang sesuatu bencana menimpa dirimu, dia akan meringankan kesusahan kamu;
  • Jika engkau berkata kepadanya, nescaya dia akan membenarkan kamu;
  • Jika engkau merancangkan sesuatu, nescaya dia akan membantu kamu;
  • Jika kamu berdua berselisih faham, nescaya dia lebih senang mengalah untuk menjaga kepentingan persahabatan;
  • Dia membantumu menunaikan tanggungjawab serta melarang melakukan perkara buruk dan maksiat;
  • Dia mendorongmu mencapai kejayaan di dunia dan akhirat.
mungkin dengan tips yg aq bg ny korng dpt menilai rakan2 korng,,
aq doakan korng mndpt sahabat yg bnr2 boleh jd sahabat korng,,  :)
Friday, 14 March 2014

sahabat :)


Sahabatku,
Kuhulurkan salam perjabatan tangan perkenalan semula,
Moga ianya tersambut dengan iman dan hati,

Aku yang dahulu bukannya spt.yang hari ini,
Dahulu yang tidak mengerti..

Dahulu yang punyai karat2 jahiliyah..
Dahulu yang hilang tarbiyah..

Aku yang hari ini,
Mengenggam amanah,
Belajar tarbiyah dan perjuangan,
Belajar dan terus belajar daripada mereka.
Memantapkan ilmu dan tsaqafah diri.

Sahabatku,
Sesungguhnya aku malu dengan diriku yang lama,
lupakanlah diriku yang lama kerana dia sudah mati.

Sahabatku,
Pada awalnya aku tidak mengerti akan perlakuanmu,
Menjauhkan dan meninggalkan diri ini.
Lalu kuputuskan untuk meleraikannya,
Tetapi terasa tidak tersambut pertanyaanku,
Lalu aku sedaya upaya belajar mengerti sendiri,
Diam dan memperbaiki diri.

Aku semakin mengerti bahawa ukhuwah ini bukan untuk diperjuangkan,
Tetapi ia lahir akibat keimanan.

Aku bersyukur dengan ujian ini,
Saat aku merasa sendiri,
Allah temukanku dgn mereka yg sebelum ini tidakku kenali,
mengenggamku dengan ilmu dan tarbiyah.
membukakan kepadaku pintu2 kebaikan..
Dan kupasti itu tanda Allah masih sayang kepadaku.

Sahabatku,
Pada waktu itu,terdetik dihati kecilku,

Jika bersabar mampu menjerrnihkan keadaan.maka bersabarlah..
Jika dengan keikhlasan mampu menghulurkan sebuah kemaafan,maka ikhlaskanlah..
Jika kemaafan mampu membuat kau tersenyum,maka maafkanlah..
Jika senyuman mampu menjalinkan ukhuwah dan kasih sayang,
maka senyumlah.

Tiada lain yang kita perlukan dalam hidup ini melainkan keredhaan Allah dan hubungan yang baik dengan semua manusia.
Memaafkan memang tak mampu mengubah masa silam,
tetapi mampu menenangkan pada masa akan datang..

Manusia ini begitulah ada naik dan turunnya,
Ada benar dan silapnya,
Bencilah sikap buruknya,bukan orangnya,
bimbinglah jangan meninggalkan.

Kerana persahabatan itu satu pertemuan dari Allah,
Jangan meninggalkan dan menjauhkan.
Kepada Allah ku kembali,
tetap memohon moga ukhuwah kembali menyatu nanti,
keranaku yakin hati manusia itu dipegang ilahi..
Moga nanti ia kembali..
dan moga hatiku tetap tabah melewati hari2..

Setiap orang ada kisah silamnya,sejarah jahiliyahnya,
Akan tetapi yang lebih penting adalah siapa diri kita pada waktu ini.

Redha & Bersyukur..
Setiap yang berlaku punya hikmah tersembunyi,
Moga semuanya akan baik pada waktunya nanti.
Diam buat ketika ini memperbaiki diri memuhasabah hati..

Maafkan aku..
mungkin selama ini aku bukanlah sahabat yang baik,
Maaf , mungkin selama ini aku sering melalaikanmu,
Maaf, mungkin selama ini aku membuatmu rasa sedih,
Maaf , mungkin selama ini ada bicaraku yang pedih,
Maaf , mungkin selama ini aku sering tidak memahami,
Maaf aku hanya hamba yang biasa.
dan kerana kelemahan itu,
sering kupanjatkan doaku padamu dikesempatan yang ada,
Moga Allah selalu menyayangimu,
Dan aku tetap menyayangimu,
Kerana siapapun kamu,kamu tetap sahabatku..

Jauh disudut hatiku ini untuk membencimu,
Apatah lagi melupakanmu,
Moga ujian ini sebagai kafarah dosaku,
Dan moga nanti kita kembali menyatu hati,
Kau mampu tersenyum dengan ukhuwah ini..

Aku berharap agar kau cuba memahami,
Setiap coret tulisanku ini,
Walaupun luaran diri ini boleh membohongi,
tetapi tidak hati yang inginkan ukhuwah ini kembali..
Allah pemilik hati,moga Allah satukan hati ini kembali,
Jangan terus mendiamkan diri,kerana aku turut tidak mengerti.

Aku hanya musafir ilmu yang faqir disisi Allah yang masih mencari sinar dalam kembara ini.Keranaku pasti adanya akhirat maka aku sampaikan kepadamu agar memahami dan mengerti..
Keranaku pasti hanya kau seorang yang mengerti.

terima kasih,sahabatku..


إِذَا سَأَلْتَ فَاسْأَلِ اللهَ ، وَإِذَا اسْتَعَنْتَ فَاسْتَـعِنْ بِاللهِ

[Nik Hifzi]