Andai semalam aku melukai hatimu
ko maafkanlah diriku
Andai hari ini aku bertanyakan khabarmu
itu tandanya aku sayang padamu
Jika malam ini aku tido tanpa terjaga
kirimkanlah sekalung doa dan Al Fatiha
Andainya esok kau telah temui teman penggantiku
Jangan sesekali kau lupakan aku
dan sekiranya satu masa nanti
kau masoh menganggapku sahabatmu
kunjungilah pusaraku
siramilah persemadianku
dengan titisan kasih sayang.
...............................................................................................................................................
Aku rasakan payahnya hidup ini,
Berlari dalam onak,berenang di lautan api,
Betapa susah untuk aku lalui,
Jika tanpamu,kawan yang menemani...
Dulu melangkah jurang dalam mungkin aku tak
berani,
Dulu memanjat tembok tinggi mungkin aku tak
reti,
Tapi kini kebolehanku terbukti,
kerna dirimu kawan yang membimbingi..
Sebelum ini mungkin hidup aku sunyi,
Sebelum ini mungkin susah aku keluarkan bunyi,
Tapi kini hidup aku penuh dengan seri,
Kerana riangmu kawan yang mengisi...
Kata orang kawan senang diperolehi,
Mereka manusia udah ditakdirkan begini,
Tapi bagi diriku harus menggali,
Untuk dapatkan insan istimewa..
...................................................................................................
saat ku terjatuh
kau memapahku,sampai aku bersemangat
saat aku terpojok oleh makian
kau selalu membelaku
saat ku melakukan kesalahan
engkau cuba tuk meningatkan aku...
kau selalu setia menemaniku
sahabat...
sungguhku beterima kasih sekali
tapi hanyalah kenangan
kenangan yang terindah bersama sahabat...