Click Here For Free Blog Templates!!!
Blogaholic Designs

Pages

Tuesday, 17 February 2015

wanita

19 hADis mEngeNai WaNita

Penulisan entry ini adalah sebagai penghargaan kepada seorang yang bergelar wanita. Tidak kira wanita itu suri rumah, doktor, jururawat, polis atau tentera. Nama seorang wanita tidak asing lagi sebagai pelengkap hidup seorang lelaki. Tahukah kita sebagai wanita, kita mempunyai banyak kelebihan berbanding lelaki? hmmm. macam mana tu ek? jom kita hayati hadis ini : 


1. Doa wanita lebih makbul daripada lelaki kerana sifat penyayang yang lebih kuat daripada lelaki. Ketika ditanya kepada Rasulullah akan hal tersebut, jawab baginda, “Ibu lebih penyayang daripada bapa dan doa orang yang penyayang tidak akan sia-sia”.
2. Apabila seseorang perempuan mengandung janin dalam rahimnya, maka beristighfarlah para malaikat untuknya. Allah mencatatkan baginya setiap haridengan 1,000 kebajikan dan menghapuskan darinya 1,000 kejahatan.
3. Apabila seseorang perempuan mulai sakit hendak bersalin, maka Allah mencatatkan baginya pahala orang yang berjihad pada jalan Allah.
4. Apabila seseorang perempuan melahirkan anak, keluarlah dia dari dosa-dosa seperti keadaan ibunya melahirkannya.
5. Apabila telah lahir anak lalu disusui, maka bagi ibu itu setiap satu tegukan daripada susunya diberi satu kebajikan.
6. Apabila semalaman ibu tidak tidur dan memelihara anaknya yang sakit, maka Allah memberinya pahala seperti memerdekakan 70 hamba dengan ikhlas untuk membela agama Allah.
7. Barangsiapa yang menggembirakan anak perempuannya, darjatnya seumpama orang yang sentiasa menangis kerana takutkan Allah dan orang yang takutkan Allah, akan diharamkan api neraka ke atas tubuhnya.
8. Barangsiapa membawa hadiah, (barang makanan dari pasar ke rumah lalu diberikan kepada keluarganya, maka pahalanya seperti bersedekah. Hendaklah mendahulukan anak perempuan daripada anak lelaki. Maka barangsiapa yang menyukakan anak perempuan seolah-olah dia memerdekakan anak Nabi Ismail.
9. Tiap perempuan yang menolong suaminya dalam urusan agama, maka Allah memasukkan dia ke dalam syurga lebih dahulu daripada suaminya (10,000tahun).
10. Perempuan apabila sembahyang lima waktu, puasa bulan Ramadhan, memelihara kehormatannya serta taat akan suaminya, masuklah dia dari pintu syurga mana sahaja yang dikehendaki.
11. Wanita yang solehah (baik) itu lebih baik daripada 1,000 lelaki yang soleh.
12. Aisyah berkata, “Aku bertanya kepada Rasulullah, siapakah yang lebih besar haknya terhadap wanita? Jawab rasulullah, “Suaminya. “Siapa pula berhak terhadap lelaki?” Jawab Rasulullah, “Ibunya”.
13. Apabila memanggil akan engkau dua orang ibubapamu, maka jawablah panggilan ibumu dahulu.
14. Wanita yang taat akan suaminya, semua ikan-ikan di laut,burung di udara, malaikat di langit, matahari dan bulan semua beristighfar baginya selama mana dia taat kepada suaminya serta menjaga sembahyang dan puasanya.
15. Wanita yang taat berkhidmat kepada suaminya akan tertutup pintu-pintu neraka dan terbuka pintu-pintu syurga. Masuklah dari mana-mana pintu yang dia kehendaki dengan tidak dihisab.
16. Syurga itu di bawah tapak kaki ibu.
17. Wanita yang tinggal bersama anak-anaknya akan tinggal bersama aku (Nabi Muhamad s.a.w) di dalam syurga.
18. Barangsiapa mempunyai tiga anak perempuan atau tiga saudara perempuan atau dua anak perempuan atau dua saudara perempuan lalu dia bersikap ihsan dalam pergaulan dengan mereka dan mendidik mereka dengan penuh rasa takwa serta bertanggungjawab, maka baginya syurga.
19. Daripada Aisyah r.a. Barangsiapa yang diuji dengan sesuatu daripada anak-anak perempuan lalu dia berbuat baik kepada mereka, maka mereka akan menjadi penghalang baginya daripada api neraka.

"tercipta engkau dari rusuk lelaki, bukan dari kaki untuk dialasi, bukan dari kepala untuk dijunjung, tetapi dekat di bahu untuk dilindung, dekat di hati untuk dikasihi, engkaulah wanita hiasan duniawi "

la tahzan



Sekali lagi air mata itu tumpah, bagai melegakan hati pemiliknya.
Wanita,
Kadangkala diuji dengan sehebat-hebat ujian.
Zahirnya lemah tapi batinnya gagah anugerah Tuhan.

La tahzan.

Optimislah dengan ujian. Itu hadiah Tuhan.
Bersyukurlah. Beruntunglah.
Dari jutaan, engkau pilihanNya.
Kita rasa kitalah yang besar ujiannya. Kita rasa kitalah paling berat bebanannya.
Come on. Ada orang lagi besar ujiannya. Lagi berat bebanannya.
Jangan merungut sayang. Jangan mengeluh walau sedetik.
Kita milik Dia. Dulu, Kini. Dan selamanya.
Maka Dia berhak menentukan yang sebaiknya buat kita.
Bukan hanya di dunia. Bahkan hingga ke daerah sana.
Jalan takdir Allah tak pernah salah.
Berbaik sangkalah dengan aturanNya.
Jika perlu untuk engkau menangis, maka menangislah.
Tapi sayang, jangan sedih lama-lama.
Nampak macam kita kurang redha dengan apa yang Allah aturkan.
Takdir Allah is something yang unexpected.
Miracle things may come soon. Soon.
Engkau harus percaya.
Ya, percaya.
La tahzan.
Syurga itu mahal sayang, bukan mudah kita nak dapat.
Even people always said, benda yang payah nak dapat itulah yang kita akan benar-benar hargai.
Dan kita pasti bahagia sangat bila dapat.
Itu pasti.
Senyum.
Tapi terkadang ada masa kita jatuh.
Tak mampu nak bangun.
Tapi, ingatlah. Walau apa pun, Allah akan tetap menemani.
Just beside you.
Selalu.
Allah akan ubat luka di hati kita.
Perlahan. Perlahan.
Inilah hadiah buat hambaNya yang bertabah!
Tears.
InsyaAllah, bila Allah redha, Allah akan mudahkan.
Tak mudah. Siapa kata mudah?
Tapi inilah kasih sayang Tuhan.
Berdamailah dengan takdirNya.
Dan sampai masa kita akan faham, ada perkara yang memang dah tertulis akan terjadi.
Dan tertulis di Luh Mahfuz.
Dan kita mesti berhenti daripada memaksa ia jadi macam yang kita nak.
Tetaplah sabar dan redha dengan aturanNya.
Bukalah surat cinta dariNya.
Pasti akan damai hatimu.
” Maka hanya bersabar itulah yang terbaik (bagiku)” [Yusuf: 18]
La tahzan. Kesatlah air matamu.
Allah ada.
Allah tahu.
“Dan bertakwalah kepada Allah, sungguh, Allah Mengetahui segala isi hati.” [Al-Maidah:7]
Dan ingatlah,
“Kebahagiaan kita tidak terletak pada harta, tidak pada penampilan diri, tidak juga pada gemerlap perhiasan dan keindahan dunia. Ukuran kebahagiaan terkait erat pada hati dan ruh manusia yang mendamba redha Tuhannya.” -Hasan Al-Banna-
La tahzan,
Jadilah wanita yang paling bahagia! :)

La tahzan
# Artikel ini adalah perkongsian daripada Nor adibah Saihen ke inbox emel akuislam. Semoga memberi manfaat kepada semua pembaca =)

penyisir rambut puteri firaun


Assalamualaikum w.b.t,

          Segala puji bagi Allah, Tuhan sekalian alam. Selawat dan salam disampaikan kepada junjungan Nabi Muhammad s.a.w, keluarga serta sahabat-sahabat baginda.

Para pembaca yang dirahmati Allah,

          Jika sebelum ini, saya ada berkongsi cerita tentang isteri Firaun, jadi pada kali ini saya ingin berkongsi cerita tentang wanita unggul yang hidup pada zaman Firaun. Beliau adalah Masyitah.

**********

Dari Ibnu Abbas bahawa Rasulullah s.a.w bersabda :

“ Pada malam aku diisrakkan oleh Allah, bau wangi semerbak di hidungku. Aku bertanya, ‘ Hai Jibril, bau wangi apakah ini? ‘

Jibril menjawab, ‘ Ini adalah bau wangi Masyitah Firaun dan anak-anaknya.’

Rasulullah bertanya kembali, ‘ Bagaimana keadaannya bermula? ‘

Jibril berkata, ‘ Pada suatu hari, ketika dia sedang menyikat rambut puteri Firaun, tiba-tiba jatuhlah sikat itu dari tangannya. Lalu seketika dia berkata, “ Bismillah ( dengan nama Allah ) “.

Puteri Firaun bertanya kepadanya, “ Apakah yang kamu maksudkan adalah ayahku? “

Masyitah menjawab, “ Bukan, namun Tuhanku dan Tuhan ayahmu adalah Allah “.

Puteri Firaun berkata, “ Apakah aku boleh mengatakan ini pada ayahku ? “

Masyitah berkata, “ Ya .”

Kemudian puteri Firaun memberitahu kejadian tersebut kepada ayahnya. Selanjutnya, Masyitah dipanggil menghadap Firaun yang berkata, “ Hai Masyitah, apakah kamu memiliki Tuhan selain diriku? “

Masyitah menjawab, “ Ya,Tuhanku dan Tuhanmu adalah Allah.”

Kemudian dia dibawa ke kawah besar yang diperbuat dari tembaga dengan air panas dan Firaun memerintahkan untuk melempar Masyitah beserta anak-anaknya ke dalam air mendidih tersebut. Sebelumnya, Masyitah berkata kepada Firaun, “ Aku memiliki permintaan kepadamu.”

Firaun berkata, “ Apa permintaanmu ? “

Masyitah berkata, “ Aku berharap kamu sudi mengumpulkan tulang belulangku dengan tulang belulang anak-anakku dalam satu pakaian dan dikuburkan bersama-sama.”

Firaun berkata, “ Kamu berhak mendapatkannya.”

Segera anak-anak Masyitah dilemparkan ke dalam kawah seorang demi seorang hingga tiba giliran anaknya yang paling kecil dan masih menyusu. Masyitah melihat maju mundur ( ragu-ragu ) kerana anak itu.

Dengan kekuasaan Allah, si anak berkata, “ Wahai ibu, acuhkan air mendidih itu, kerana sesungguhnya azab dunia lebih ringan dari azab akhirat.”

Akhirnya, Masyitah pun menerobos masuk ke dalam air mendidih itu.’

**********
          Allahuakbar !!! Hebatnya srikandi ini..Kuatnya kesabaran Masyitah dalam memperjuangkan iman. Walaupun anak-anaknya dibunuh di depan matanya, namun dia tidak lemah dan goyah. Iman kita bagaimana pula? Renung-renungkan…

Wallahualam.


                                                 

Allahu !!



Allah...
Tidak tertahan rasanya hati ini,
Dendangan sebuah irama yang mengusik hati,
Cukup buat hati ini terusik,
Mengetuk hati yang usang,
Sebak makin menghinggap di sanubari,
Mengenangkan dosa-dosa lalu,
Memenuhi ruang kotak benak,
Ingin sekali dilempar ia jauh nun disana,
Namun kadangkala ia datang berbisik,
Sekali lagi air mata jatuh keguguran.

Allah…..
Suatu hamasah dalam diri membara,
Ingin terus berlari mendakapMu,
Di perjalanan, jahiliah itu menarikku,
Usaha demi usaha untuk melepaskan darinya,
Ku berjaya….alhamdulillah.


Allah….
 Kadangkala ia datang kembali…..
Jahiliah itu datang lagi menghampiri,
Senjata keimananku berada di hadapan,
Ku rasakan ia selamat,
Tiba-tiba ku terleka,
Senjata itu entah ke mana,
Sekali lagi aku terkunci dengan jahiliah itu.

Allah….
Ku akan terus usaha,
Walau berkali-kali aku dipagari,
Ku disekat dengan jahiliah,
Ku akan terus mara melangkah,
Walau onak duri harus ku tempuhi.

Allah…
Secebis kekuatan ku harap dariMu,
Redhailah hidupku dalam dakapan kasihMu,
Aku ingin terus dalam dakapan kasih sayangMu,
Berikanlah ku kesabaran dan ketabahan dalam ujiaMu.