Aku telah mimpi bahawa aku berada di tanah suci Mekah.Aku bersama keluargaku.di sana,aku berada di dalam Kaabah itu sendiri.Subhanallah!sayu hati pabila bangun dari tidur.
Semua orang serba putih pakaiannya.sungguh tenang ketika itu.
Apa maksud mimpi itu??
biarlah menjadi rahsia Illahi.Aku sendiri tidak mengerti.
Semoga suatu hari nanti ,aku dan keluarga dapat dan sempat untuk pergi ke sana.
beberapa hari yang lalu,kawanku bermimpi melambai aku kerana aku ingin pergi ke sana menunaikan haji.
Pada waktu itu sememangnya waktu jemaah menunaikan haji.
dia berkata kepadaku ,sewaktu itu dia dan kawanku yang lain ,melambai aku dan mengucapkan agar aku
selamat menunaikan haji.waktu itu aku sudah siap berpakaian putih dan menaiki bas.
Ya Allah,apakah rahsia di sebalik mimpi ini ??sayu hati bila memikirkannya.aku masih kecil ,tiada simpanan tabung haji.daftar pun tidak.bagaimana aku ingin ke sana.
Ya Rabb,permudahkanlah aku untuk pergi ke rumah-Mu.
0 comments:
Post a Comment