Click Here For Free Blog Templates!!!
Blogaholic Designs

Pages

Wednesday, 28 May 2014

sunyi ... :{


Rindu senyumannya,
Rindu gurau sendanya,
Rindu nasihatnya,
Rindu tazkirahnya.
Aku rindu segalanya tentang dia.

Dia yang tiada galang gantinya,
Dia yang tiada dua,
Dia yang sentiasa di hati,
Dia yang sentiasa dirindui,
Dia yang sentiasa disayangi.

Rindu dalam diam.
Sayang dalam diam.
Doa dalam diam.
Moga terus kuat wahai hati.

tapi ,
 
pesan pada hati ,
usah merindu pada kenangan ,
kerana pasti akan mengalir air mata kesedihan ..

pesan pada hati ,
usah di kenang perkara lalu ,
kerana pasti akan ada kecewa yang hadir .

 Ustaz Azhar Kata:

"Kalau kita tak suka seseorang yang suka pada kita, terus terang sahaja. Jangan buat orang menanti. Jangan cuba-cuba nak uji sampai dia terbukti benar-benar suka kita. Jangan sampai libatkan kedua-dua keluarga. Jika pasti tidak suka, katakan saja tidak suka. Jika suka, katakan suka. Sebab kita tidak tahu mungkin Allah akan membalas kembali perbuatan kita membuat orang ternanti-nanti. Buat orang menanti dengan harapan palsu adalah berdosa. Bila orang terluka, kitalah yang menzalimi orang. Doa orang yang dizalimi akan dimakbul Tuhan. Jangan sampai Allah pula uji kita dengan seberat-berat ujian. Jangan sampai Allah makbulkan doa orang yang dizalimi kita. Jangan sampai Allah buat kita pula yang ternanti-nanti seseorang yang kita nak. Belajarlah dengan tegas berkata, YA atau TIDAK

 # Life has taught me that to be Happy one must attain the Pleasure of Allah. For without the pleasure of Allah, there can be no happiness.

0 comments:

Post a Comment