Click Here For Free Blog Templates!!!
Blogaholic Designs

Pages

Thursday, 26 June 2014

wahai w4nit4


Wanita muslimah yang memikat hati kaum Adam itu, bukanlah dia yang pandai merangkai kata-kata indah. Akan tetapi dia yang boleh menjaga kesantunan dalam setiap tutur kata.

Wanita muslimah yang memikat hati kaum Adam itu, bukanlah dia yang memiliki
 tubuh yang indah dan menarik, akan tetapi dia yang senantiasa menghijab 
aurat tubuhnya dengan pakaian akhlak
 yang santun serta mulia.



Cantik indah pada pandangan mata hanyalah sementara. Yang kekal 
menjadi pujaan manusia hanyalah wanita muslimah yang mulia akhlaknya, kerana akhlak
 itu ibarat bunga diri, tak ada gunanya berwajah cantik kalau
 akhlaknya buruk, tak ada gunanya juga berwajah cantik kalau 
hatinya kosong dari ilmu.

Ibarat bunga yang cantik dipandang tetapi busuk baunya, ada pula
 yang kurang menarik dan baunya juga kurang menyenangkan,
 ada juga bunga yang tidak menarik pada pandangan mata kasar..
 Akan tetapi bila dihalusi dengan mata hati, ternyata amatlah tinggi nilainya.

Wanita muslimah diibaratkan "bunga" mungkin kerana keindahannya.

Ada juga yang kata "hati wanita ibarat kaca" mungkin kerana kehalusan perasaannya.

Ada orang kata lagi "wanita ibarat mutiara" mungkin kerana tinggi nilai maruahnya.

Ada satu lagi yang orang kadang-kadang lupa, "wanita juga ibarat besi waja" kerana keimanan, kepintaran dan ketabahannya. 

Muslimah sejati…
bukan dilihat dari bentuk tubuhnya yang mempesona,
tetapi dilihat dari sejauh mana ia menutupi bentuk tubuhnya.

Muslimah sejati…
bukan dilihat dari begitu banyaknya kebaikan yang ia berikan,
tetapi dari keikhlasan ia memberikan kebaikan itu.

Muslimah sejati…
tidak dilihat dari seberapa indah lantunan suaranya,
tetapi dilihat dari apa yang sering dibicarakan mulutnya.

Muslimah sejati…
bukan dilihat dari keahliannya berbahasa,
tetapi dilihat dari bagaimana caranya berbicara.

Muslimah sejati…
bukan dilihat dari keberaniannya dalam berpakaian,
tetapi dilihat dari sejauh mana ia berani mempertahankan kehormatannya.

Muslimah sejati…
bukan dilihat dari kekhawatirannya digoda orang dijalan,
tetapi dilihat dari kekhawatiran dirinyalah yang menyebabkan orang lain tergoda.

Muslimah sejati…
bukanlah dilihat dari seberapa banyak dan besarnya ujian yang ia jalani,
tetapi dilihat dari sejauh mana ia menghadapi ujian itu dengan penuh rasa syukur.

Jadilah dirimu seorang wanita yang menjadi muslimah sejati yang suci dan berharga dan hiasilah peribadimu dengan akhlak yang mulia.

"Barang yang tertutup dan dijaga rapi biasanya mahal harganya . Begitu juga wanita , wanita yang tertutup rapi itu bukan tidak cantik , dirinya sebenarnya cantik malah harga dirinya yang mahal itu khas untuk tatapan suami tercinta."

"Sesungguhnya yang tertutup itu indah."

0 comments:

Post a Comment