ketika ini aku lah manusia paling sepi ..
tanpa kawan-kawan yang pernah bersamaku ..
aku mendoakan mereka baik2 sahaja ..
senyum dan tawa ini hanyalah palsu ..
tak perlu kau tahu apa hasrat hati ..
jika diucapkan pasti tidak dipercayai ..
ku akui kelemahan aku sebagai kawan ..
itulah kelemahan dalam hidup ku ..
sesungguhnya Allah perancang terbaik ..
aku menadah tangan berdoa untuk kepada-Nya..
Aku bersaksi bahwa tiada Tuhan yang berhak di sembah
melainkan Allah,
tidak ada sekutu bagi-Nya.Dan aku bersaksi bahawa
Muhammad adalah hamba utusan-Nya..
Allah jua lah pembantu yang terbaik dalam hidup ini ..
aku rindu kehidupan yang seperti dulu saat aku bersama mereka ..
aku termenung memikirkan perubahan setiap antara mereka..
mungkin aku juga begitu ..
aku sayang pada mereka tapi mungkin sayang mereka tidak
sama seperti apa yang aku rasakan..
cinta diri kita sebelum ingin mncintai manusia lain...
nukilan rasa kecewa sentiasa tertulis dala hati ini ..
jika aku berpesan pada mereka , aku turut berpesan pada diri aku ..
Allahuakhbar..! Allah Maha Besar ..
saat aku bersedih terpaksa aku menahan rasa itu , biarlah rasa sepi dan sunyi
serta sedih menyelubungi diri .yang pasti hati ini tidak pernah
berhenti mendambakan kasih sayang kembali daripada mereka.Rahmat-Nya serta
kasih-Nya turut aku dambakan.aku sentiasa doakan mereka walau
jauh dimata mereka tetap berada di hati.. :)
kenangan indah cuba untuk aku lupakan..selalu singgah di fikiran tentang mereka.
semoga mereka merasakan apa yang sedang aku rasakan.
aku tidak pernah dendam pada mereka tidak juga menyimpan rasa ,
aku sentiasa tahu aku bukan kawan yang terbaik,bukan juga sempurna aku berharap ,
mungkin satu hari nanti aku tidak punya apa-apa ,
mungkin sangat sakit hati saat ini.dalam kehidupan biasa ada bahagia dan
duka.masam manis pasti dirasai setiap manusia.
kerana Allah cipta sesuatu berpasangan...
0 comments:
Post a Comment