Click Here For Free Blog Templates!!!
Blogaholic Designs

Pages

Wednesday, 17 September 2014

tabahlah ~ :)


~✿..Jangan putus asa untuk BERUBAH menjadi hamba Allah SWT yang BAIK..baik di sini adalah baik mengikut neracaNya, BUKAN mengikut neraca manusia semata-mata, jangan putus asa kerana Allah itu Maha Pengampun..jika JATUH, jika TERSUNGKUR, jika TERTEWAS di tengah usaha, jangan sesekali berhenti untuk BANGUN SEMULA..sesungguhnya Allah mengira USAHA kita, bukan natijahnya..✿~


>>> Bila ALLAH ada di dalam hatimu, kamu seolah-olah MEMILIKI segala-galanya..itulah KEKAYAAN, KETENANGAN dan KEBAHAGIAAN yang hakiki..YAKINLAH denganNya..(✿◠‿◠)



Jangan diungkit kisah silam orang yang ingin berubah...

Cuma doakan terbaik buat mereka...
Kerana DOA ITU SENJATA 



Ada kenangan yang perlu disimpan, ada kenangan yang perlu dipadam dan ada yang perlu dilupakan..


Seandainya terlalu sulit untuk menutup tirai kenangan semalam, berdoalah kepada Allah agar Dia memberikan hatimu keredhaan menerima segala kenangan sebagai suatu jalan kehidupan yang banyak memberi pengajaran. :')


Kita punya kisah silam yang berbeza beza. Ujian yang berbeza beza. Tapi apa yang sama adalah kepada Allah juga kita kembali.


"Apabila kita ikhlas berbuat baik pada seseorang tetapi ia tetap tak menghargainya....mungkin kebaikan kita terlalu suci utk dibalas di duniawi,teruskan mengajak manusia ke arah kebaikan.Tak dapat balasan di sini,pahala tetap bersama kita di sana."

~ustaz Umar Muhammed~



Nikmat yang paling berharga selepas nikmat iman dan islam,

adalah memiliki SAHABAT yang soleh. Jika kamu mendapati kewujudan kasih sayang antara kamu dengannya maka peganglah dia bersungguh-sungguh



-Saidina Umar Al Khattab-



Kita boleh padam 'history' internet kita agar orang lain tidak tahu apa keburukan yang kita tengok, tonton, di internet.


Tetapi kita tidak akan mampu memadamkan 'history' yang Allah rekodkan buat perhitungan di akhirat kelak.



"Barangsiapa melakukan kebaikan walau sebesar zarah, dia akan dihitung. Dan barangsiapa yang mengerjakan kejahatan walau sebesar zarah, dia akan dihitung." Surah Al-Zalzalah ayat 7-8.



Kadang-Kadang, Allah Turunkan 'Cinta' .. Adalah Untuk Menguji..Sama Ada Kita Akan Setia Dengan 'CINTA-NYA' Atau Hanyut Dengan 'CINTA DIA'



Penat Nak Marah ,

Penat Nak Merajuk .
Penat Nak Terasa Hati . 



Jadi , Diam Adalah Jalan Penyelesaian .. 



Diam Bukan Bermaksud Kita Kalah.
Tapi , Ianya Untuk Membuktikan Kita Mampu Bertolak Ansur ..



Dengan Mengalah 



Macam Mana Nak Bina Keyakinan ?

- Dengan Senyuman-  



Jika Ada Yang Menghina Kita Hodoh ? Buruk ? Atau Sebagainya ..
Maka , Senyumlah  



InsyaAllah
Ianya Cukup Untuk Memberi Kita Keyakinan 


Cinta Itu bila, kau tetap kembali di sisinya biarpun dia sudah melukai kau berulang kali antara SEDAR dan TAK SENGAJA.


Saya Menganggap Persahabatan Itu Bukan Dikira Berdasarkan 

'Kesetian' ' Hadiah' Dan Sebagainya .



Tapi , Makna Persahabatan Pada Saya Ialah 
Sehebat Mana Pun Kita Bergaduh . 



Kita Masih Mampu Kekalkan 'Ukhwah' Tersebut 



Bukan senang nak berubah. 

Bukan senang nak bangun lepas terjatuh. 



Me: Well, try harder. Jangan manja sangat. Ada kaki, bangun sendiri.


" Jika nak mencerminkan diri jangan di depan cermin kerana nampak diri kita perfect..cerminkan diri dengan orang mulia dan berakhlak di situ kita akan nampak kekurangan dalam diri kita.."


Saturday, 13 September 2014

melupakannya ~

Saat ini hati kita akan merasakan beban y teramat berat utk kita pikul,,
kesakitan yang xmampu kita hadapi,,dan kdg2 menghilangkan semangat kita utk teruskan kehidupan..bukan senang untuk melupakan seseorang yang kita sayang..lebih-lebih lagi apabila selama ini semuanya kita berkongsi dgn dia,,meluangkan masa dengan dia,,
dan menghabiskan sepenuh masa dengan kita..mereka yang berada disekeliling kita akan sentiasa bagi semangat pada diri kita..Contohnya mcm ny... 

"Jangan risau,,pasti akan ada yang lebih baik selepas ini",,"Lupakan dia,,carik yang baru."Kenapa ko nak seksa diri ko,,dia bukan ingat kat ko pun..lebih 
baik teruskan kehidupan dan carik y baru",,''Kumbang bukan seekor" dan mcm2 lagi ..tapi hakikatnya,,aku mengingati si dia dalam hidup aku..aku akan terkenang walaupun 
aku xingin nak mengenangnya.. 
~We can ignore the feelings, but the scar will always exist in our heart..aku selalu

1. Mendekatkan diri kepada Allah


Salah satu cara untuk kita melupakan seseorang,,adalah mendekatkan diri kepada Allah..
Allah yang menghadirkan seseorang dalam hidup kita,,dan Allah jugalah yang mengeluarkan seseorang dalam hidup kita..segala penawar ada pada Allah..
sentiasa ingat bahawa Allah keluarkan seseorang dalam hidup kita kerana
 Allah rindu dan sayangkan kita,,Allah ingin kita mengingati-Nya dan Allah ingin menyelamatkan kita dari kelalaian..jadi berdoa lah kepada Allah agar diberikan kekuatan 
untuk menghadapi segala dugaan yang diberikan,,,tapi harus ingat yew,,jangan bila susah baru mencari Allah,,kita kena sentiasa beristiqomah dalam mendekatkan 
diri kepada Allah =)



2. Menyibukkan diri dengan aktiviti

Kebanyakkan kita akan lakukan prkara ni utk lupakan org y kita sayang..
Pegi hangout,,shopping kew bagi perempuan,,y lelaki,,xpayah cakap dah..xde aktiviti pun boleh ada aktiviti  ..buat aktiviti dan rekreasi yang boleh menenangkan fikiran dan 
berikan kepuasan pada diri kita..Dengan cara ini kita dapat hilangkan 
kesedihan dan dapat melepaskan geram dgn cara y lebih sihat



3. Remove everything about "THEM"

Ermm,,ini paling tough ny..bagi mereka yang still mengharap pada si 
dia atau terlampau sayang,,mgkn xdpt buat semua tu..dalam hal ni,,nak remove atau xbergantung kpd kita..klu kita rasa dgn kekalkan dia dlm hidup kita masih boleh berikan kekuatan,,simpan jewla..klu asyik bagi kesakitan,,buat apa seksa diri,,,buang jew 
(senang jew ckp,,nak buat tu y payah..huhu)..kadang2 kita rasa nak simpan semua kenangan,,tp si dia mgkn sudah hbs removekan diri kita dari hidup dia..jd,,if they 
can do it,,why we can't? the answer is obvious,,we still hoping for them to come back =) 
Sentiasa ingat,,mereka y sayangi kita xkan sanggup utk melukakan hati kita atau mengabaikan kita walaupun hubungan itu dah putus..jadi,,
carilah kekuatan utk removekan SI DIA dari hidup anda



4. Sentiasa mencari Hikmah disebalik perpisahan tersebut

Allah takkan menguji hambaNya dengan sesuatu yang tak mampu dihadapi oleh hambaNya..dan Allah sentiasa tahu apa yang terbaik utk diri kita..kita mgkn rasa dia adalah soulmate kita,,tp Allah berikan yang lain..percayalah,,yang lain itu lah yang kita benar2 perlukan dalam hidup kita..sentiasa mencari yang hikmah,,dan cuba jgn membenci mereka yang kita sayangi..kerana kebencian hanya mendatangkan permusuhan...kita pasti xingin bermusuh dgn org y kita pernah sayangi..apa yang mampu kita buat,,adalah mendoakan agar dia bahagia dengan pilihan hatinya



5.Makan, makan dan makan

haaa,,,ni tips y berbahaya..sb boleh menyebabkan kita menjadi comel,,comel dan tersangat comel..tp dengan makan,,kita boleh kurangkan kesedihan..sb bila perut
 kenyang,,kita sntsa boleh berfikir dengan rational..dan saya sarankan stp kali kita sedih,,try makan choclate atau aiskrim..sb coklat dan aiskrim ada perangsang
 y sama spt kita jatuh cinta pada seseorang..jadi,,ia dpt menenangkan fikiran..bayangkan makan choclate,,smbil layan lagu...



6. Luahkan perasaan anda kepada seseorang yang anda percayai

Ini boleh jadi ahli keluarga,,kawan-kawan dan lain-lain..
luahkan pada mereka apa y anda rasa..jangan cuba utk menghadapi seorang diri..kita xkn mampu,,percayalh..klu kita buat juga,,kdg2 mgkn akan memberikan
. kemudaratan pada diri kita..klu nak nangis,,nangis jew..that just show how important she is in your lifes =) Menangis itu bukan tanda kelemahan,,tapi itu menunjukkan
 kita sudah terlalu lama menjadi kuat..



7. Terima kenyataan yang dia bukan lagi bersama kita



Ini lah yang paling penting..walau sebanyak mana tips y diberi,,klu kita xdpt terima kenyataan y dia dah pergi,,hati kita akan sentiasa menderita sedikit demi 
sedikit..ada satu quotes yang saya ingin kongsi.. "Go for someone who is not only proud to have you, but will also take every risk
 just to keep you".
. klu dia boleh tinggalkan kita begitu shj,,dia mgkn bukan utk kita..dia mgkn masih sygkan kita,,tp syg mereka xcukup kuat utk mengekalkan kita dalam 
hidup mereka..so,,its okay..we just have to accept
 the fact that there is someone 
else that is better for us..we just have to wait and pray to Him 
to give us the one's that not only will love us,,but will guide us to Jannah =)

mencari hidayah


















aku selalu dengar kawan-kawan cakap macam nie:

kadang2 rasa sedih sangat ..

hidayah memang sdh ada sejak kecil lagi ..cuma kita tak tahu cepat ke lambat ..

''aku tak macam kau pakai tudung labuh dan baik.aku tak sedia lagi nak pakai macam kau ..

kau tahu kan aku mcam mana..minat k-pop gila2..pakai baju ketat..seluar aku kt rumah semua 

ketat-ketat''


" aku ni bukannya tak reti pakai tudung , cuma perlukan masa untuk terima yang aku ni bertudung .. TUNGGU lah seru ( Hidayah ) datang dulu , baru aku bertudung .. "


" rilex lahh .. awal lagi nak bertaubat .. usia masih muda .. time ni lah nak enjoy ! TUNGGU tua dulu , baru cari agama ( Hidayah ) .. kan ? "

" solat ? TUNGGU lah dulu .. dapat Hidayah baru aku taubat .. apa susah ? "


setiap kali dia orang tanya mcam mana aku boleh berubah... ??
kadang2 aku tak jawab soalan itu ..

bila dan macam mana biarlah menjadi rahsia antara aku dan Dia ..

saat Dia ingin memberi hidayah kepadaku,aku perlu ikut kerana bagiku masa itu lah yang paling 
sesuai..sebab petunjuk dan jalan untuk berubah sudah ada..


" aku berubah secara drastik .. semua terkejut dengan perubahan aku .. Hidayah milik Allah .. bila dapat peluang macam ni , aku kena jaga sebaik2nya .. 
terima kasih ya Allah "

" ada sahabat , non muslim masuk Islam .. dapat Hidayah Allah setelah cuba mencari kebenaran ..
 Allah Maha Penyayang .. Allah bantu hambaNya yang teraba-raba 
mencari kebenaran .. Subahanallah "


sebenarnya , cukup hebat kesan Hidayah kepada seseorang .. cukup hebat .. berapa ribu manusia yang dari lahir lagi berstatuskan Islam tapi tak pernah kenal apa itu Islam ? 
" aku tak tahu apa itu rukun Islam , rukun Iman .. 
dan aku tak pernah tahu macam mana nak solat .. ".  Ada yang dah lama berstatuskan Islam
 tapi tak pernah kenal Rasulullah .. yang hanya dia tahu Rasulullah itu nabi utusan Allah .. 


berbeza pula dengan non muslim baru masuk Islam .. baru masuk Islam , dah kenal Rasulullah ..
 dah tahu macam mana ambil wuduk , dah tahu macam mana nak solat .. 
sebab apa ? sebab perasaan inginkan kebenaran .. 
itulah penagan kepada manusia yang dapat Hidayah Allah ..


Aku juga manusia biasa.masih ada khilaf yang aku lakukan.tidak semestinya 

orang yang sudah mendapat hidayah daripada-Nya
tidak membuat kesalahan.Jangan lah kau sentiasa berfikir aku seorang yang baik kerana
bagiku diriku tetap seorang yang keji di mata-Nya.
aku masih tidak berubah sepenuhnya.tiada siapa yang tahu apa niat sebenar aku dan yang terbuku
dalam hati nurani ini,


" Ya Allah , berikanlah kami taufik dan hidayahMu serta bimbinglah kami ke jalan yang benar .. Engkau kuatkanlah iman kami , mantapkan lah iman untuk menghadapi segala UjianMu ya Allah .. Engkau selamatkanlah saudara2 kami daripada ditindas .. Engkau hancurkan lah musuh2 Mu Ya Allah .. Engkau berikanlah kemenangan kepada mereka .. amin amin amin yarobal 'alamin .. "





takdirku dan kawan2 :)






ketika ini aku lah manusia paling sepi ..

tanpa kawan-kawan yang pernah bersamaku ..

aku mendoakan mereka baik2 sahaja ..

senyum dan tawa ini hanyalah palsu ..

tak perlu kau tahu apa hasrat hati ..

jika diucapkan pasti tidak dipercayai ..

ku akui kelemahan aku sebagai kawan ..

itulah kelemahan dalam hidup ku ..



sesungguhnya Allah perancang terbaik ..

aku menadah tangan berdoa untuk kepada-Nya..

Aku bersaksi bahwa tiada Tuhan yang berhak di sembah

 melainkan Allah,

tidak ada sekutu bagi-Nya.Dan aku bersaksi bahawa 

Muhammad adalah hamba utusan-Nya..

Allah jua lah pembantu yang terbaik dalam hidup ini ..


aku rindu kehidupan yang seperti dulu saat aku bersama mereka ..

aku termenung memikirkan perubahan setiap antara mereka..

mungkin aku juga begitu ..

aku sayang pada mereka tapi mungkin sayang mereka tidak

sama seperti apa yang aku rasakan..

cinta diri kita sebelum ingin mncintai manusia lain...

nukilan rasa kecewa sentiasa tertulis dala hati ini ..

jika aku berpesan pada mereka , aku turut berpesan pada diri aku .. 


Allahuakhbar..! Allah Maha Besar .. 


saat aku bersedih terpaksa aku menahan rasa itu , biarlah rasa sepi dan sunyi 
serta sedih menyelubungi diri .yang pasti hati ini tidak pernah 
berhenti mendambakan kasih sayang kembali daripada mereka.Rahmat-Nya serta
kasih-Nya turut aku dambakan.aku sentiasa doakan mereka walau
jauh dimata mereka tetap berada di hati.. :)


kenangan indah cuba untuk aku lupakan..selalu singgah di fikiran tentang mereka.

semoga mereka merasakan apa yang sedang aku rasakan.

aku tidak pernah dendam pada mereka tidak juga menyimpan rasa ,

aku sentiasa tahu aku bukan kawan yang terbaik,bukan juga sempurna aku berharap ,

mungkin satu hari nanti aku tidak punya apa-apa ,

mungkin sangat sakit hati saat ini.dalam kehidupan biasa ada bahagia dan 

duka.masam manis pasti dirasai setiap manusia.

kerana Allah cipta sesuatu berpasangan...
  






Thursday, 10 July 2014

kau istimewa

terkadang,
rasa istimewa sangat,
pada seseorang.

walau tak pernah pun,
minta untuk rasa begitu.

terkadang,
ada air mata yang mengalir,
bila kata terima kasih pada dia,
tak mampu diucapkan dengan kata-kata.

maaf,
terpaksa pergi.
maaf,
terpaksa mendiamkan diri.
takut,
ada yang terluka,
tanpa aku sedar.

- akan ku cuba hargai kehadirannya walau dalam diam.

 Kita Selalu Curi Tahu Tentang Dia Sebab Kita Suka Dia,Cuma Kita Jarang Tahu Tentang Kekurangannya ,Berharap Dia Tahu,Berharap Dia Mahu Kita,Cuma Perlu Gagahkan Hati,Doakan Paling Terbaik,Kerna Mungkin Hanya Doa Tali Yang Bisa Mengeratkan Kita Satu Hari Nanti 


 Mati Terlalu Hampir , Mungkin Hari Ini, Mungkin Sekejap Lagi, Mungkin Selepas Baca Status Ini Jadi Perlukah Kamu Berbuat Onar Di Muka Dunia? Tidak Takut Seorang Diri Di Liang Sana?Apa Bekalan Yang Kamu Mampu Bawa Di Alam Seterusnya? Cukup-Cukuplah Berhasad Dengki Sesama Manusia 

#Allah Maha Besar, Tolong Muhasabah Diri Seketika,Tolonglah Ingat Dunia Ini Sementara..


 Tiada Yang Lain Selain Dia, Kerana Dia Aku Kenal Sakitnya Cinta Kerana Dia Aku Tahu Pedihnya Rindu, Dan Kerana Dia Tak Pernah Terfikir Untuk Aku Mendua,Cuma Silapku Dikala Terhanyut Dengan Cinta Aku Lupa Pada Yang Esa 

#KeranaDiaMahaMenciptaRasa Dia Bisa Ambil Rasa Cinta Untuk Diberi Pada Yang Lain Dan Memberi Pengajaran Berguna Pada Kita AllahuAkhbar...


 itu Mungkin Boleh Kagumi Seseorang, Kita Juga Mungkin Akan Suka Dia Dari Diam , Tetapi 'Malu' Mahu Dekat 'Malu' Mahu Beritahu , Jalan Terbaik Untuk Mendekati Dia Adalah 'Mendoakan' Dirinya, Mencintai Dalam Diam,Rasa Cinta Itu Fitrah

# Setiap Kali Selepas Solat Kirim al-fatihah Sebut Nama Dia, In Shaa Allah , Jika Dia Terbaik Untuk Kita 

Allah Akan Dekat Dirinya Pada Kita 
 Saat kamu suka,saat kamu berduka,
Jangan risau,
Allah sentiasa bersama kamu.

Senyum

Thursday, 26 June 2014

KISAH MARYAM DIKEBUMI OLEH MALAIKAT DAN BIDADARI SYURGA


Nabi Isa adalah nabi yang dilahirkan tanpa ayah dengan izin Allah dan Maryam adalah ibu yang telah melahirkan, menjaga dan mendidik Nabi Isa dengan penuh kasih sayang. Suatu hari Nabi Isa telah bekata kepada ibunya, “Sesungguhnya dunia ini adalah kampung yang akan musnah dan sesungguhnya akhirat itu adalah kampung yang kekal, oleh itu, marilah ibu besama saya”.

Setelah berkata demikian, maka berangkatlah mereka menuju ke gunung Lebnon. Apabila sampai di gunung tersebut, maka Nabi Isa dan ibunya berpuasa di siang hari dan mendirikan solat di malam hari. Makanan mereka terdiri daripada pohon kayu dan meminum air hujan sahaja.

Setelah sekian lama Nabi Isa dan ibunya tinggal di gunung tersebut, maka suatu hari Nabi Isa turun dari gunung tersebut untuk mencari daun kayu untuk mereka berdua berbuka puasa. Setelah Nabi Isa turun ke bawah, datanglah malaikat menghampiri Maryam dan berkata, “Assalamualaiki ya Maryam, orang yang sangat patuh mengerjakan puasa pada siang hari dan mengerjakan solat pada malam hari”.

Sebaik saja Maryam melihat orang yang memberi salam itu, maka Maryam berkata, “Siapakah kamu ini? Badan dan seluruh anggotaku menggeletar dan berasa takut mendengar suaramu”. Malaikat tersebut menjawab, “Aku adalah malaikat yang tidak mempunyai belas kasihan kepada sesiapa pun baik anak kecil, orang tua atau sebagainya sebab aku adalah malaikat pencabut nyawa (Izrail)”.

Mendengar penjelasan malaikat maut, maka Maryam bertanya, “Wahai malaikat maut, apakah tujuan kamu ke sini? Adakah kamu mahu menziarahi aku atau pun mencabut nyawaku?” Izrail menjawab, “Wahai Maryam, kedatanganku adalah untuk mencabut rohmu”. Maryam yang mengetahui ajalnya sudah hampir berkata lagi, “Wahai malaikat maut, apakah kamu tidak mahu memberikan peluang sehingga anakku yang menjadi penawar mengubati kerisauan hatiku?”

Malaikat maut memperjelaskan perintah Allah yang memerintahkannya untuk menjemput roh Maryam dan beliau tak dapat mengsia-siakan walau satu saat. mendengar penjelasan Izrail, dengan hati yang ikhlas, Maryam berkata, “Wahai malaikat maut, kamu telah menerima perintah Allah, oleh itu laksanakanlah perintah itu dengan segera.” Izrail segera mendekati Maryam dan mencabut rohnya.

Selesai waktu Isyak yang akhir, Nabi Isa pulang dengan mendaki gunung tersebut dan membawa bekalan berbuka puasa. Beliau melihat ibunya sedang berada di tempat solat dan menyangka bahawa ibunya sedang sembahyang. Beliau meletakkan bekalan makanan untuk berbuka puasa dekat dengan ibunya lalu beliau berdiri menghadap kiblat. Setelah sekian lama, beliau memanggil ibunya untuk berbuka puasa dan mengerjakan ibadah tanda syukur kepada Allah, namun beliau melihat tak sedikit pun makanan terusik oleh ibunya walau dua pertiga malam telah berlalu.

Nabi Isa memanggil lagi ibunya, “Assalamualaiki ya Ummaahu”. Oleh kerana fajar telah menjelma dan ibunya tidak lagi bangun, maka beliau menghampiri ibunya dan meletakkan pipinya pada pipi ibunya lalu menciumnya sambil menangis dan berkata, “Assalamualaiki ya Ummaahu. Malam telah berlalu dan fajar telah menjelma, ini adalah masa untuk menunaikan fardhu yang telah diwajibkan oleh Allah”.

Setelah Nabi Isa berkata demikian, maka menangislah para malaikat dan para jin yang berada di sekitarnya dan bergoncanglah gunung di bawahnya. Kemudian Allah mewahyukan kepada para malaikat, “Apakah yang menyebabkan kamu semua menangis?” Para malaikat berkata, “Tuhan kami, Engkau Maha Mengetahui”. Setelah itu tiba-tiba kedengaran satu suara berbunyi, “Wahai Isa, angkatlah kepalamu itu, sesungguhnya ibumu telah meninggal dunia dan Allah telah melipatgandakan pahalamu”.

Sebaik sahaja Nabi Isa mendengar suara tersebut, maka beliau sambil menangis berkata, “Siapakah yang akan menjadi temanku tatkala aku sunyi dan di kala aku menangis? Siapakah yang dapat aku ajak berkata-kata dan siapakah yang dapat membantu aku dalam ibadahku?” Kemudian Allah mewahyukan kepada gunung yang bermaksud, “Wahai gunung, nasihatilah Ruh-Ku (Isa A.S.)”.

Berkata-katalah gunung tersebut dengan izin Allah, “Wahai Ruh Allah, apakah erti kesusahanmu itu, ataukah kamu mahu Allah sebagai pendampingmu yang menggembirakan?” Setelah mendengar nasihat gunung, lalu Nabi Isa turun ke sebuah desa tempat tinggal Bani Israil dan meminta pertolongan mereka untuk menguruskan jenazah ibunya. Namun mereka tak mahu menolong Nabi Isa kerana takut pada ular-ular besar yang ada di gunung tersebut.

Nabi Isa dengan perasaan hampa naik kembali ke gunung dan beliau melihat dua orang pemuda yang sangat kacak rupa parasnya lalu beliau memberi salam dan meminta pertolongan mereka untuk memakamkan jenazah ibunya. Lalu berkata salah seorang dari pemuda itu, “Aku ini sebenarnya adalah malaikat Mikail dan sahabatku ini adalah malaikat Jibril. Aku ada membawa ubat tubuh dan kain kafan dari Tuhanmu dan para bidadari jelita sekarang sedang turun dari syurga untuk memandikan dan mengkafankan ibumu”.

Setelah itu, malaikat Jibril pun menggali kubur di atas gunung. Selesai sahaja kerja memandi dan mengkafankan dilakukan oleh para bidadari syurga, mereka menyembahyangkan jenazah Maryam dan mengebumikannya. Lalu Nabi Isa berdoa kepada Allah, “Ya Allah, sesungguhnya Engkau mengetahui tempatku dan Engkau mendengar kata-kataku dan tidak sedikit pun urusanku yang tersembunyi dariMu. Ibuku telah meninggal dunia sedang aku tidak menyaksikannya sewaktu dia wafat. Oleh itu izinkanlah dia berkata sesuatu kepadaku”.

Kemudian Allah mewahyukan kepada Nabi Isa, “Sesungguhnya aku telah memberi izin kepadanya”. Nabi Isa lalu pergi ke kubur ibunya dan berkata, “Assalamualaiki ya ibu, bagaimanakah dengan tempat pembaringanmu dan tempat kembalimu dan bagaimanakah pula kedatangan Tuhanmu?” Dengan izin Allah Maryam berkata, “Tempat pembaringanku dan tempat kembaliku adalah sebaik-baik tempat, sedang aku mengadap kepada Tuhanku, aku tahu bahawa Dia telah menerimaku dengan rela”.

Berkata Nabi Isa lagi, “Wahai ibu, bagaimanakah rasa sakitnya mati?” Ibunya menjawab, “Demi Allah yang telah mengutuskanmu sebagai nabi dengan sebenar-benarnya, belum hilang lagi rasa pedihnya mati, demikian juga dengan rupa malaikat maut yang belum hilang dari pandangan mataku. Alaikas salam wahai kasih sayangku sampai hari kiamat“.

wahai w4nit4


Wanita muslimah yang memikat hati kaum Adam itu, bukanlah dia yang pandai merangkai kata-kata indah. Akan tetapi dia yang boleh menjaga kesantunan dalam setiap tutur kata.

Wanita muslimah yang memikat hati kaum Adam itu, bukanlah dia yang memiliki
 tubuh yang indah dan menarik, akan tetapi dia yang senantiasa menghijab 
aurat tubuhnya dengan pakaian akhlak
 yang santun serta mulia.



Cantik indah pada pandangan mata hanyalah sementara. Yang kekal 
menjadi pujaan manusia hanyalah wanita muslimah yang mulia akhlaknya, kerana akhlak
 itu ibarat bunga diri, tak ada gunanya berwajah cantik kalau
 akhlaknya buruk, tak ada gunanya juga berwajah cantik kalau 
hatinya kosong dari ilmu.

Ibarat bunga yang cantik dipandang tetapi busuk baunya, ada pula
 yang kurang menarik dan baunya juga kurang menyenangkan,
 ada juga bunga yang tidak menarik pada pandangan mata kasar..
 Akan tetapi bila dihalusi dengan mata hati, ternyata amatlah tinggi nilainya.

Wanita muslimah diibaratkan "bunga" mungkin kerana keindahannya.

Ada juga yang kata "hati wanita ibarat kaca" mungkin kerana kehalusan perasaannya.

Ada orang kata lagi "wanita ibarat mutiara" mungkin kerana tinggi nilai maruahnya.

Ada satu lagi yang orang kadang-kadang lupa, "wanita juga ibarat besi waja" kerana keimanan, kepintaran dan ketabahannya. 

Muslimah sejati…
bukan dilihat dari bentuk tubuhnya yang mempesona,
tetapi dilihat dari sejauh mana ia menutupi bentuk tubuhnya.

Muslimah sejati…
bukan dilihat dari begitu banyaknya kebaikan yang ia berikan,
tetapi dari keikhlasan ia memberikan kebaikan itu.

Muslimah sejati…
tidak dilihat dari seberapa indah lantunan suaranya,
tetapi dilihat dari apa yang sering dibicarakan mulutnya.

Muslimah sejati…
bukan dilihat dari keahliannya berbahasa,
tetapi dilihat dari bagaimana caranya berbicara.

Muslimah sejati…
bukan dilihat dari keberaniannya dalam berpakaian,
tetapi dilihat dari sejauh mana ia berani mempertahankan kehormatannya.

Muslimah sejati…
bukan dilihat dari kekhawatirannya digoda orang dijalan,
tetapi dilihat dari kekhawatiran dirinyalah yang menyebabkan orang lain tergoda.

Muslimah sejati…
bukanlah dilihat dari seberapa banyak dan besarnya ujian yang ia jalani,
tetapi dilihat dari sejauh mana ia menghadapi ujian itu dengan penuh rasa syukur.

Jadilah dirimu seorang wanita yang menjadi muslimah sejati yang suci dan berharga dan hiasilah peribadimu dengan akhlak yang mulia.

"Barang yang tertutup dan dijaga rapi biasanya mahal harganya . Begitu juga wanita , wanita yang tertutup rapi itu bukan tidak cantik , dirinya sebenarnya cantik malah harga dirinya yang mahal itu khas untuk tatapan suami tercinta."

"Sesungguhnya yang tertutup itu indah."